Friday, January 31, 2014

warkah untuk abang






12.1.2014
adalah hari terakhir buat insan yang bernama Zolkanine bin Ibrahim. Beliau adalah rakan sekerja, mentor, teman bicara, teman pendengar dan pelontar idea kepada aku dan aku memang menganggapnya sebagai abang sendiri sepanjang kami bersahabat. perginya mengejut kerana serangan jantung. susah aku hendak menerimanya tapi sebagai seorang islam mestilah redha dengan segala ketentuan yang telah ditentukan oleh ILLAHI.
memang aku terasa satu kehilangan yang amat besar. jasa, dan budinya terhadap aku dan keluarga memang tak terbalas sehinggakan ibu ku sendiri menganggap layanan dan perhatian yang diberikan oleh Arwah terhadap ku lebih dari darah daging sendiri. 
pada 31/1/1967 arwah lahir ke dunia ini. jadi, hari ini adalah ulang tahunnya yang ke 47. sekejap sangat aku rasa dapat berkawan dengan engkau wahai abang. sahabat sejati, susah dan senang, pahit dan maung selama aku mula berkerja engkau lah yang banyak menolong dan membantu. semoga Allah menempatkan mu di kalangan orang yang beriman dan tenang di sana.
MOHON KEPADA SAHABAT-SAHABAT DI LUAR SANA SEDEKAHKAN AL FATIHAH DAN DOAKAN AGAR ARWAH DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN. BELIAU ADALAH SATU CONTOH SAHABAT YANG AMAT AMAT SUKAR SEKALI HENDAK DICARI PADA ZAMAN KINI. 
 Selamat tinggal abang..


2 comments:

  1. Perkenalan kali pertama dgn abg ini.. rupanya beliau adalah sedara aku. Tak sangka Allah dah jemputnya kembali.... Al-fatihah... semoga Allahyarham abang ditempatkn dlm golongan org yg beriman....

    ReplyDelete