Monday, October 7, 2013

mesyuarat pembangunan kriket negeri johor, johor bahru

wakil-wakil dari pasir gudang dan kluang, encik farizal, encik azdi izuar dan encik yusri rahaman

pembentangan mesyuarat dipengerusikan oleh encik fauzi yusak dan encik yusri salami

wakil-wakil dari daerah segamat,johor bahru dan pengerang

kesudahannya, pertandingan akan berlangsung pada 6-10 november





masjid sultan abu bakar. dah lama aku nak singgah, baru hari ini dapat kesempatan

makam diraja mahmoodiah, disinilah sultan-sultan johor dan kerabat diraja bersemadi. sebelum ini makam diraja adalah terletak di teluk blangah ,singapura. sultan ismail perak yang dibuang negeri setelah terlibat dalam pembunuhan j.w.w birch juga turut disemadikan di sekitar kawasan permakaman ini.

teluk danga



istana besar, aku dah lama mengidam nak melawat istana ni. disinilah muzium diraja bagi negeri Johor. satu waktu dahulu inilah istana rasmi bagi sultan Johor. kini dijadikan sebagai muzium. istana rasmi bagi sultan johor pada waktu kini adalah istana bukit serene. di sekitar kawasan istana ini berpagar dan juga terdapat balai cengkih (istana yang lebih lama dari istana besar)




bangunan sultan ibrahim. bangunan pentadbiran kerajaan negeri johor sejak 1942 hingga 2012. kini pusat pentadbiran berpindah ke nusajaya


selesai sudah sehari melawat Johor Bahru. habis je mesyuarat tadi aku ambik keputusan untuk bersiar-siar sekitar johor bahru.melawat tempat bersejarah untuk meredakan tekanan. banyak kerja hujung tahun ni. bercampur dengan pelbagai masalah yang melanda kebelakangan ini. aku perlu rehat. rehat kan fikiran dari segala keserabutan yang dilalui. apa lagi yang mampu dilakukan? selain dari berdoa dan bertawakal...sejarah pahit yang lalu kembali melintas dalam fikiran...hampir setiap hari...situasi menarik benang dalam tepung dan ditelah mati emak diluah mati bapak kembali melanda dalam diri...itulah asam garam hidup manusia tak pernah lepas dari dugaan.orang miskin lain dugaan, orang kaya lain dugaan...orang bujang lain dugaan, orang kahwin lain dugaan...orang nak berumah tangga lain dugaan dan orang yang dah berumah tangga lain juga dugaan.pendek kata hidup takkan terlepas dari dugaan selagi kita bernama MANUSIA.

No comments:

Post a Comment