Thursday, August 22, 2013

leo-memamah hempedu

lagu dan lirik adalah ciptaan raja komposer era 90an-saari amri..saari amri bolehlah diklasifikasikan sebagai komposer lagenda kerana pencapaiannya dalam penciptaan lagu dan pembentukkan band hebat era 90an...lagu-lagu ciptaannya malar segar dan kebanyakkannya mengandungi mesej tersirat yang berguna...band yang paling berjaya dibawah asuhan saari amri adalah UK'S...band yang punyai rekod jualan album terbanyak pada era 90an...setiap album yang dihasilkan terjual sebanyak ratusan ribu unit bukan sahaja di Malaysia, tapi juga di negara-negara asean seperti indonesia,brunei dan singapura...kumpulan rock seperti wings dan search yang selalunya mengungguli jualan album hingga kini tidak dapat memecahkan rekod yang dibuat oleh anak didik saari amri...kembali kepada lagu ini yang berkisarkan tentang kekecewaan hamba Allah kepada insan yang pernah dibantunya waktu ditimpa musibah...akhirnya insan tersebut tanpa sebarang penghargaan hilang begitu sahaja sebaik segala beban dan masalah hilang....pengajaran buat kita...terbaik lagu ini....bermula dengan riff akustik dan suara vokalis yang seakan bersajak..kemudian tiba solo, riff rock menguasai..solo yang bagus walaupun singkat...pendek kata lagu ini, lagu yang baik cuma waktu itu kurang diberi perhatian...tak banyak info pasal kumpulan ini, cuma yang dapat diketahui, sebahagian dari ahli kumpulan ini adalah bekas ahli kumpulan thrash metal, Saxo..hanya satu album sahaja yang dihasilkan oleh kumpulan ini yang bertajuk 'Tetamu' dihasilkan pada tahun 1991





No comments:

Post a Comment