Sunday, March 3, 2013

jauhar cintaku-damasutra

Kemanakah hilang kasturi kasih mu
Dalam syurgawi cinta kita dulu
Bagaikan tak percaya perubahan mu
Dalam manis cinta rasa hempedu

1000 tahun janji kau lafazkan
Hancur berkecai cuma semalaman
Kau terpedaya kerna kilauan kaca
Yang kau sangka intan aku kau tinggalkan

*Biarpun kau ku jaga bagai bulan
Dan ditakdir bermadu dengan bintang
Sinar kasih ku keasingan berlumpuran
Hingga aku terbuang di hati mu
Melihat kau memadu kasih baru
Tiada dendam di hati ku terhadap mu

**Keasyikan dengan harta
Pasti hancur dengan kuasa
Keegoan paras dan rupa
Akan luntur masa nya

***Jangan nanti engkau kesali
Harta rupa tiada lagi
Kasih cinta tanpa syukuri
Nikmat tak kau rasai

solo

Ulang*hingga***

Jauhari cinta ku warisan pujangga
Menilai cinta tiada bandingan nya
Kau insan tetapi berhati kan kaca
Pastikan berderai dan jiwa merana
Sesal tiada guna

LAGU:Isa Gravity
LIRIK:Ainol Jamal(zurain)




sebuah lagu dari kumpulan Damasutra, dipetik dari album Penawar, 1996. kumpulan Damasutra adalah salah satu kumpulan hard rock yang terkenal pada awal 90an hingga pertengahan tahun 90an , bersama vokalisnya Bagio. lagu-lagu dari kumpulan ini walaupun bercorak hard rock, tapi banyak punyai mesej yang berguna seperti ketuhanan dan nasihat. lagu-lagu popular antaranya sesat dalam rindu, sufi, asyik, dan lain lain. lagu jauhar cintaku ini sengaja diketengahkan oleh aku supaya pendengar dan peminat muzik rock kapak dapat kenal banyak lagi lagu-lagu slow rock dari damastura yang sangat berkualiti untuk didengar.sedikit kupasan tentang lagu ini, liriknya menjurus kepada seorang lelaki yang menatang kekasihnya bagai menatang minyak yang penuh. pengakhirannya lelaki ini ditinggalkan oleh kekasihnya sendiri yang lebih memandang kepada kebendaan dan tidak mengenal erti cinta yang sebenar.

No comments:

Post a Comment