Thursday, February 28, 2013

carefree-tiada lagi air mata

secebis kenangan
pengalaman yang pilu
telahpun berlalu
putus dari ingatan
tiada ksesalan
pahit getir hidupku
walau pedih masih luka terasa
mengapa ditanya
jiwa yang menderita
usahlah diungkit
cerita yang mengharu
dia berbahagia
bersama yang tercinta
haruskah aku
terus mreindu
biarlah ku tanggung sendiri
akibat kehancuran seuntai mimpi
kan ku pujuk jua
hati lara ini untuk melupakan saja
rasa cinta
buat sementara
hingga suatu masa
ku cari teman yang sejiwa



sebuah lagu yang meruntun jiwa, berentak pop awal 80an, didendangkan oleh kumpulan yang terkenal dengan irama disko era 70an, carefree. vokal jay jay cukup mantap dan hingga kini masih lagi berjaya mengekalkannya. lagu ni dah lama ada dalam simpanan aku. cuma baru-baru ni je terdengar bila mp3 secara tak sengaja terputar lagu ni. tidak sepopular rindu bayangan, namun lagu ini ku kira mantap dan berjaya dari segi vokal, susunan lirik dan irama.

No comments:

Post a Comment