Thursday, November 22, 2012

evening with gold cap cyma

 
bunga-bunga cinta-sweet charity
nanti aku akan review lagu ni

polish, lepas tu tukar lizard strap, nampak lebih menarik cyma gold cap tua ni. berusia hampir 60 tahun, corak patina atau pengoksidaan yang timbul di muka melambangkan keaslian dial yang masih tidak berlaku proses redial atau refurbish. dauphine hands, dan gold cap yang sudah menjadi warna rose gold menonjolkan keanggunan jam tua ini. aku kira lizard strap brown ini senada dengan warna rose gold di tubuhnya.

banyak masa dihabiskan membelek dan menilik jam. polish, tukar leather itulah kerja aku yang muthakir...selain dari membantu ibu dan bapa menyelesaikan kerja kerja di rumah ,dusun dan kebun. sepatutnya aku sibuk benda yang lain. tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. sesal dan sedih tidak akan mengubah segala-galanya. seperti biasa jam jam tua tetap menjadi peneman setia yang menemani tuannya sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment