Thursday, October 18, 2012

HARAPAN

jam ini sempat aku bawa ke kuala lumpur pada 2 minggu lepas untuk tatapan sifu aku.

inilah movement dia.17 jewel Cal. 28.5R-621. Inilah movement automatic berdesign pairing rotor besar yang paling awal dihasilkan oleh tissot.  gambar diambil dari internet

gambar di ambil dari internet,-tissot visodate yang telah di re-furbish
Salah satu jam yang sudah lama aku ingin masukkan ke dalam kandang. Namun kerana masalah yang kecil , terpaksa aku tunda keinginan ku walaupun semangat untuk memilikinya membuak-buak. leaf hands, hour marker tajam, tulisan timbul dan herot, dial seperti design jam omega 50an, ricebead bracelet lengkap clasp asal, apa lagi yang aku mahu semua ada pada jam ini. CUMA....date sangkut. ada satu spring yang menghalang pergerakkan date dan juga pergerakan movement terutamanya bila date berubah. akhirnya aku putuskan, spring itu dicabut dan disimpan dahulu agar pergerakan movement tidak lagi tersangkut dan bolehlah dipakai seperti biasa. tunggu keputusan pada hujung minggu ini. Aku bermohon padaNya agar memudahkan usaha aku untuk memiliki jam ini. sudah agak lama tertangguh hasrat ini.

2 comments: