Friday, October 19, 2012

bebas tiada tajuk

caseback merelip relip selepas aku gosok. 14k gold filled

masa ni baru polish body sahaja. muka/dial masih lagi belum

dah bersih sikit. tapi taklah cantik sangat. ibarat bekas jerawat.jerawat hilang tapi parutnya masih ada

        Tengahari tadi sampai Lord Elgin ni. memang sudah aku tengok dalam gambar hari itu, dial ada kotoran. Dial jenis honeycomb sebenarnya sangat indah jika berada dalam keadaan bersih. tapi rasanya tak dapat dibersihkan bersih 100%. aku buang kesan hitam itu dengan bantuan pemadam...memang hilang kesan hitam itu, tapi dah nampak putih pulak dekat bekas kesan hitam tu.haha...no problem...kena hantar ke tempat redial untuk bagi menampakkan lebih cantik lagi. tak susah nak redial jam ni, memandangkan hour marker semua jenis timbul. aku cuma khuatir bila hantar redial ni, di bahagian tulisan jenama..di bahagian itu selalunya tulisan jenama tu jarang dapat dihasilkan 100% mengikut patend asal. paling bangang sekali, tulisan acrylic TISSOT. jarang yang jadi dengan baik. mesti ada huruf yang tak betul betul herot seperti mana tulisan asal...
         Banyak lagi barangan dalam blog ni yang masih available. Kebanyakkannya adalah barangan dari jenis swiss (american base brand, seperti-elgin,bulova,hamilton,dan lain-lain lagi). kenapa aku panggil swiss-amerika? sebabnya jenama-jenama tersebut memang berasal dari swiss, tetapi sebahagian besarnya mengeluarkan jam-jam tangan untuk pasaran Amerika dan kilang-kilang mereka juga lebih banyak di Amerika berbanding di swiss. Di swiss yang ada mungkin kilang asas atau ibu pejabat besar mereka. jenama macam titoni, pagol,titus-aku panggil swiss Asia. kenapa? sebab itulah jenama-jenama yang menghantui tangan dan mulut pemakai jam tangan di Asia sejak tahun 60an lagi. Itulah sebabnya veteran yang ada sekarang ni, lebih kenal swiss Asia berbanding swiss Amerika. berkerut dahi bila tengok nama hamilton,benrus,bulova,gruen, elgin, dan lain-lain..sebab dalam kepala mereka yang ada cuma titoni,rado,pagol,titus,rolex ,omega dan seiko. Hahahaha...dulu aku bermula dengan jam jam dari kelompok jenama swiss Asia...tapi lama kelamaan jemu dan cuma ada seketul sahaja sekarang yang aku simpan dari kelompok swiss Asia (titoni). lepas tu aku banyak beralih ke swiss Amerika, dimana aku anggap jam-jam ini buatannya lebih berseni dan halus jika dibandingkan jam swiss Asia.. sehingga kini minat aku belum pudar lagi terhadap jenama-jenama Swiss-Amerika .
          Entah bila ketagihan terhadap hobi ni akan berakhir. Mungkin tiada penyudahnya. lebih berat dari dadah atau rokok. 10kali kata pencen pun tetap takkan berakhir. buat diri aku sendiri, aku berjaya kurangkan koleksi sendiri dalam tahun ini. jam yang ada dalam koleksi tidak akan lebih dari 13 biji. cukuplah. Aku sendiri pun tak mampu nak simpan banyak-banyak. nak maintain lagi, nak pakai lagi...cukuplah 13...akan datang mungkin genap 10...pelan pelan...


4 comments:

  1. Aku admire kerja tangan ko bro. Rajin ko polish jam sampai sgt berkilat. Tahniah bro!

    Jam yg dah redial ada 2 kemungkinan saja... samada mmg cantik atau tak cantik. Tak ramai tukang jam yg profesional redial jam. Tapi walau cantik camno pun kerja tangan dia, kita dpt tahu jam tu dah redial... Apatah lagi kalau bukan pro yg buat.

    Tapi ramai juga yg masih tertipu dgn jam redial ni.... jam yg dah di redial tp claim jam dial original... tanpa redial.... mungkin juga tak perasan.... psl yg otai2 pun terkena juga....

    Bab pencen ni... payah nak ckp... pencen tu mungkin tak 100% walau cakap nak pencen berkali2... muahahaha... cuma slow main jam tu mungkin la... hehehhee....

    ReplyDelete
  2. hehe, terima kasih bro..polish jam adalah terapi mengurangkan tekanan untuk aku...
    betul apa semua yang ko cakap tu...redial professional masih boleh terima...kalau yang tak pro tu, nampak makin x cantik...ilang seni jam tu

    ReplyDelete
  3. Tu la.... hantar sembarangan makin tak elok jadinya. Jam akan nampak cacat....
    Jam Titoni walau Swiss Made, tp tumpuan depa untuk pasaran Asia. Ada satu model limited edition depa buat khas untuk Malaysia. Ada peta Malaysia kat jam tu. Malangnya, susah tul nak jumpa jam tu. Mungkin dah habis org beli kot....

    ReplyDelete
  4. orang kita asal limited je semua mau, hehe

    ReplyDelete