Wednesday, October 10, 2012

automatic-microrotor

          Microrotor-antara jenis movement yang paling aku minat dalam banyak-banyak movement yang ada di dalam dunia horologi. pembuatan movement ini dipelopori oleh syarikat Buren dan Universal Geneve. Buren pernah berbalah seketika dengan UG dalam menentukan siapa yang lebih dulu menghasilkan movement ini. Namun, terlebih dahulu Buren mendapat 'patend' untuk movement microrotor, selepas itu barulah diikuti oelh UG.Serba sedikit tentang sejarah pembuatan movement microrotor. Movement ini lebih nipis ketebalannya jika dibandingkan dengan movement automatic yang biasa, pada zaman 40an, movement automatic terhasil dengan terciptanya movement Bumper, yang diklasifikasikan antara contoh awal movement automatic. movement bumper, pembuatannya banyak dipelopori oleh syarikat felsa, dimana syarikat lain turut mengambil design dari Felsa untuk menghasilkan movement bumper mereka sendiri. kemudian muncul movement automatic yang kebanyakkan jam sekarang pakai (pairing rotor besar), pada era 50an, juga dipelopori oleh syarikat felsa ( terkenal dengan movement automatic felsa bidynator), eta( eternamatic) dan syarikat AS ( banyak menghasilkan movement automatic untuk elgin, hamilton, wittnauer dan sebagainya). 3 nama utama ini banyak mengeluarkan movement untuk syarikat jenama pertengahan dan bawah (mid end dan low end). Bagi syarikat besar seperti rolex, omega, mereka sememangnya sudah ada design sendiri untuk movement automatic mereka. bagi rolex, movement yang sinonim pada awal 50an adalah movement butterfly (merujuk kepada rupa bentuk pairingnya yang seakan-akan rupa rama-rama. cukuplah sedikit sejarah perkembangan movement automatic dalam bidang horologi ini.
            Dalam koleksi aku sendiri pernah mendarat 4 biji jam yang menggunakan movement microrotor. 2 biji universal geneve dan dua biji hamilton. semalam dapatlah sebiji hamilton 4 segi yang menggunakan movement microrotor. aku masih menginginkan sebuah Buren Intramatic, Dugena Super dan Bulova Ambassador (3 nama ini pun menggunakan movement microrotor).

pakai movement 666, tak da beza pun dengan movement 663..sebenarnya banyak jenis juga movement microrotor ni. sekali imbas macam sama.. 663 dan 666 dihasilkan oleh Buren-Hamilton antara tahun 1957-1962

agak menyesal jual yang kanan tu...yang kiri masih ada dengan aku. yang kiri kesemua parts asal, kecuali tali..yang kanan crown dengan tali tak asli

sesal tak berguna

ini antara jam yang paling lama aku simpan. mungkin lebih lama. sebab movement microrotor memang aku minat. harap kemampuan aku sentiasa kekal dalam keadaan stabil dalam mempertahankan jam ini
ini paling awal...jual dekat saudara wafee broker jam muda paling berjaya dalam Malaysia setakat ini. boleh lawat blog dia wafeesoid vintage watch blogspot.com


2 comments: