Thursday, September 20, 2012

tiada sebab untuk rasa bongkak

      Dalam komuniti horologi, setiap orang punya ragam dan minat yang berbeza. kerana minat pada jenis jam yang berbeza membina satu keunikan dalam komuniti ini.
namun, bukan semua dapat mengecapi hajat yang diinginkan dalam pemburuan koleksi horologi. Ada yang sangat berjaya, ada yang sederhana, ada yang sekadar mampu berangan-angan.rezeki dan nasib manusia sememangnya berbeza. tidak semua sama. jadi pada yang dikira telah berjaya, eloklah kalau memberikan motivasi dan kata-kata semangat pada rakan-rakan yang masih memburu dan masih di tahap angan-angan. kata-kata motivasi dan peransang sudah cukup. bukannya kata-kata atau tindakan yang menunjukkan sikap bongkak, riak dan takabur dihamburkan pada rakan-rakan tersebut. aduhai, kita kena sentiasa ingat apa yang ada pada kita tu adalah pinjaman dariNYA. bila-bila masa boleh ditarik nikmat tu semua andai kita kerap sangat bongkak dan membangga diri. oleh kerana kita dah berjaya menaikkan taraf koleksi kita berbanding dengan rakan-rakan yang lain kita sepatutnya bersyukur. bukannya kondem minat kawan-kawan kita yang kurang kemampuan. rasanya tak eloklah macam itu...
     Ada di antara kita yang bermula dari bawah sebelum sampai ke tahap yang terbaik..ada yang terus ke tahap yang tertinggi tanpa melalui proses-proses peringkat bawah... ada yang dari dulu sampailah sekarang masih ditahap itu juga tanpa sebarang perubahan.jadi seeloknya sesama kita ni saling menghormati tahap dan level masing-masing. masih aku ingat lagi suatu waktu dulu ketika bertemu rakan-rakan komuniti horologi, seorang hamba Allah yang berjaya dalam koleksinya telah mengeluarkan sesuatu kata yang aku anggap tak sesuai.. orang yang menerima kata-kata itu adalah seorang veteran yang kemampuannya sederhana dalam memiliki koleksi. sampai sekarang aku teringat kata-katanya yang aku kira mengguriskan veteran itu dek kerana veteran itu memiliki seutas jam tangan replika. saudara sekalian...memanglah replika itu suatu yang salah dan tidak diterima dalam komuniti horologi, tetapi apalah salahnya jika berkata-kata dengan lebih baik sikit dalam menunjukkan tidak setuju tentang replika itu. hehe...semoga hamba Allah itu insaf pada suatu masa nanti atas tindakannya itu.
      Lagi satu, ada satu perkara yang tidak sihat aku nampak. memiliki jam tangan untuk membongkak dan merasakan diri sudah terkelas dalam golongan yang hebat aku rasa perkara yang tak betul. seeloknya kita membeli dan menyimpan jam tangan itu sebagai satu penghayatan terhadap seni yang dihasilkan oleh pengeluar jenama jam tersebut. setakat beli dan simpan untuk membongkak dan merasakan diri sudah hebat dari orang yang lain, kondem orang lain, aku rasa tak betullah niat tu. buanglah jauh-jauh sikap tu. aku sendiri mintak dijauhkan dari hadirnya sifat itu.

6 comments:

  1. Bersyukur dgn apa yg ada.... hormat menghormati suatu amalan yg sangat mulia.... nikmat yg diberikan seharusnya disyukuri.... jgnlah dgn kelebihan yg ada itu membuatkan kita lupa bahawa apa yg kita miliki itu adalah pemberianNYA jua...

    ReplyDelete
  2. ArghHhhh...sampai la ni duk berangan nak pakai 6105 tp tak kesampaian.. SabarrrR!! InnaAllaha ma'asoobirinnn... Hehehe..pssss: ada yg nak jual murah2 ke?

    ReplyDelete
  3. insyaAllah ada rezeki dapat juga apa yg dihajati tu...lambat atau cepat je...hehe

    ReplyDelete
  4. As salam Amar,

    Aku setuju dengan pendapat ko tu...Pada pendapat aku la,kondem orang lain adalah tidak baik.

    Rakan-rakan blogger yang aku pernah jumpa semuanya terbaik.Walaupun berbeza latar belakang tapi dapat berkongsi minat yang sama.

    Kenal di alam maya,
    berjumpa di bumi nyata,
    berkawan selamanya...


    Aku sendiri berterima kasih kepada semua member blogger,yang memberi semangat dan dorongan untuk aku.

    Terima Kasih.


    ReplyDelete