Monday, September 24, 2012

size

size? hari ni sedikit tulisan tentang saiz jam tangan. pada zaman ini, trend jam tangan yang bersaiz besar dan bagak menjadi pilihan pada penggemar jam tangan. kata mereka, sedap pakai jam tangan saiz besar ni. terasa berat di tangan . namun lain manusia, lain pulak ragam. ada yang lebih suka pula jam saiz sederhana , nipis dan ada juga yang minat pada boysize. ada juga yang tidak kisah apa jenis saiz yang penting cantik dan berseni belasah sahaja.
sumber gambar dari MILITARY WATCH FORUM. hah, dalam gambar tu pocket watches je yang saiz lebih dari 36mm..yang lain kebanyakkannya 36mm ke bawah. dari saiz 30mm-34mm. try survey berapa harga pasaran untuk jam-jam military yang sesetengah orang zaman sekarang cakap macam jam perempuan. ada jugak yang cakap macam pondan pakai jam kecik...ish ish celuparnya mulut..takut nanti jilat ludah sendiri balik saje...hehehehe
zaman sekarang, jam saiz 36mm ke bawah sudah dikira kecil. mungkin kerana evolusi perkembangan rekabentuk jam pada masa kini yang banyak mengeluarkan jam bersaiz 38mm atau oversize, maka size 36mm dan ke bawah sudah dianggap jam feminin. awak pakai jam perempuan ke? hehe...yang tahu betul-betul perkembangan saiz jam rasanya tidak akan mengungkapkan kata-kata sedemikian.cuma satu perkara kelakar yang aku selalu jumpa tentang saiz. menurut hamba Allah ni , dia tak minat jam saiz-saiz kecik. paling kecik pun at least mestilah 35mm dan ke atas. ada sekali pernah dia katakan pada aku untuk memiliki sebuah rolex tua. model 6694 atau royal. eh? eh? eh? dah ada pulak ke model royal dengan 6694 saiz 35mm ke atas? lalu aku tanya balik pada hamba Allah ni, SEJAK BILA KO PAKAI PULAK SAIZ 35MM KE BAWAH NI? hehehe...terdiam kejap kawan kita tu...sebenarnya aku tak kisah pun dengan apa yang dia nak beli, tapi statement-statement dia sebelum tu buat aku terfikir balik. SEBENARNYA BUKAN SAIZ YANG JADI PERKARA UTAMA. TETAPI APA AGAKNYA? entah la...hehehe...biar dia sendiri fikir balik dengan apa kata-katanya terhadap jam-jam yang dianggap mid size atau jam perempuan ni. kenapa bila tiba tang jenama Rolex boleh pulak berubah orientasi? hairan dan ajaib...HAHAHA....salah satu kisah lucu yang boleh kita renungkan sebagai panduan dalam mengeloksi jam-jam pada masa akan datang...salah dan silap atau terasa dari artikel ringkas ini seribu kemaafan aku mohon..
 
tenang rasa dengar lagu slow rock dari sweet charity ni...sememangnya blog aku bukan satu tempat yang baik untuk peminat-peminat justin bieber dan peminat muzik moden

2 comments:

  1. Saiz jam berubah mengikut zaman & trend. Org yg tak tahu sejarah tak reti nak menilai perbezaannya sebab bersandarkan hanya pada zaman & trend terkini. Jika di bandingkan dgn zaman skrg, jam bersaiz 35mm dalah saiz jam perempuan. Kalau tgk jam zaman art deco dulu... semua haluih belaka. Besar ibu jari pun ada... tp itu jam laki.... hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ada org yang badan beso minat jam saiz kecik...apa ada hal asal suka...ada yg tak kisah apa saiz asal berseni

      Delete