Sunday, September 16, 2012

menukar strap




strap nato dibeli dari abg zul jammasa. menukar strap adalah salah satu cara perubatan sementara menghentikan ketagihan menangkap jam tangan lain. kali ini, strap nato jadi pilihan, kerana aku telah punyai banyak strap kulit yang selang dua hari akan bertukar-tukar pasang di antara jam tangan yang lain. terdapat dua kelebihan strap nato iaitu, lebih tahan lama dan lasak. kerana fabrik binaan dari kain. boleh pakai puluhan tahun kalau guna dengan cermat. kedua, untuk pergelangan tangan yang bersaiz besar, strap nato memberi kelebihan kepada anda untuk menikmati jenis strap yang lain, selain daripada strap asal, strap nato harga mampu milik anda boleh dapatkan dari abg zul jammasa yang sudah terkenal dengan jualan strap dan aksesori yang berkaitan dengan jam tangan. pagi tadi sempatlah aku bersidang dengan dia sebentar, sebelum esok aku bertolak pulang.

2 comments: