Wednesday, September 12, 2012

kisah dan tauladan

pengaruh jenama Rolex cukup kuat di kalangan rata-rata orang asia. ada yang menyifatkan rolex sebagai lambang kemewahan,kejayaan dan sebagainya. terpulanglah kepada masing-masing sejauh mana tafsiran dan pemikiran terhadap jenama ini yang tidak dapat dinafikan keunggulannya lagi dalam sejarah pembuatan jam tangan. terdapat beberapa kisah yang berkaitan dengan jenama ini yang kita dapat jadikan sebagai suatu teladan dan pengalaman.
kisah pertama:
bagi mereka yang sudah berkecimpung dalam minat horologi, kebanyakkannya sudah dapat menganggar nilaian jenis-jenis model jam tangan rolex. bagi yang baru, atau yang belum pernah, ada kalanya berlaku salah anggaran terhadap nilaian harga.nak dijadikan cerita, bagaimana seorang hamba Allah yang pernah melakukan urus niaga jam tangan dengan seorang sahabat yang memiliki beberapa koleksi untuk dijual. antara yang terselit dalam barang jualannya adalah seutas jam tangan berjenama Rolex 6694 manual winding yang sinonim dengan kebanyakkan orang kita. maka si hamba Allah ini berbual dengan si seller sebelum memulakan urusniaga. katanya , dia ingin sebuah jam tangan rolex bagi melengkap aksesori dirinya yang sudah cukup tiptop dari baju,seluar,kasut,kacamata dan sebagainya. cuma jam tangan sahaja yang masih tidak ada. si seller mencadangkan hamba Allah ini membeli seutas jam tangan seiko yang turut ada dalam senarai jualan. namun sebaliknya pula yang berlaku, hamba Allah ini dengan sedikit nada marah menyatakan yang dia mahukan juga si rolex.bajetnya sudah cukup. jadi, si seller tidak mahu membuang masa, teruslah mengujarkan harga untuk si rolex itu...sekali lagi di marah pulak si seller. dituduhnya seller cuba menekan harga.katanya bagaimana seutas jam tangan boleh sampai ribuan harganya. moralnya disini , seeloknya si hamba Allah ini membuat kajian sendiri dari pelbagai sumber tentang harga, model, penyelenggaraan sebelum membeli. dengan sumber maklumat yang kini mudah diakses, kita boleh dapatkan maklumat dahulu sebelum membuat pembelian agar tidak tersalah langkah , membuat bajet , serta tidak memalukan diri sendiri.

kisah kedua:
umumnya, pada zaman kini, kebanyakkan dari kita lebih berminat dengan jam tangan yang bersaiz besar. dijadikan cerita, tersebut seorang hamba Allah yang inginkan si rolex. dicarinya mengikut bajet, kira-kira 3k. setelah terjumpa-sebuah model oyster yang bersaiz 33-34mm, lalu hamba Allah ini membuat bayaran dan urusan pos. ketika urusniaga si hamba Allah ini tidak bertanya sehabis baik dan juga membuat kajian. sampai sahaja si rolex, hamba Allah ini terus menghubungi seller. 'abang, keciklah jam ni...................'saya tak mahu. pakai nampak macam perempuan. Si seller pun menjawab, 'bukan ke saiznya telah saya nyatakan dalam deskripsi di blog?...lagipun awak katakan bajet sekitar 3k, hanya model itulah yang anda dapat..' alamak, bang, return baliklah duit saya...saya tak pakai jam kecik ni.......'
kenapa peristiwa ini terjadi? jawapannya yang paling utama-kurang buat kajian dan pertanyaan. dengan hanya harga 3k, memang hanya spesies oyster 6694, dan seangkatan dengan saiz 30-34mm sahaja yang anda dapat. saiz yang besar sikit dari itu, 35-36mm adalah model model flute bezel, thunderbird harganya pun sudah sekitar 5k dan ke atas. model-model sports sekurang-kurangnya 11k dan ke atas. moralnya; jangan kerana terlalu ghairah dengan jenama ini, anda sampai tidak nampak segalanya dan malas nak buat kajian. kalau dalam fikiran yang bermain cuma ' yang penting dapat rolex.', itulah paling bahaya.buat kajian elok-elok..silap beli bukan seratus dua yang melayang. tapi ribu.

cukuplah dua kisah dan tauladan ini dikongsikan.selamat membaca dan buatlah penilaian sendiri. jika rasa baik, jadikan pengalaman dan pedoman. jika rasa buruk pun terpulang kepada anda.buat yang baru melangkah ke alam horologi, rolex bukanlah segala-galanya. masih banyak jenama lain yang baik dan bagus untuk anda nikmati,hayati dan pelajari. buat yang sudah ada, hormatilah pihak lain, jenis jam lain dan minat yang lain-lain. sekian

3 comments:

  1. Benda2 camni boleh dielakkan jika pembeli terlebih dahulu membaca segala keterangan seller, soal selidik, rajinkan google & kalau payah sgt nak budget saiz jam tu.. guna saja pembaris.

    Kebanyakan masa, seller dipersalahkan. Tapi dlm kes yang dinyatakan ni, pembeli yg bersalah kerana tidak berhati2 sebelum membuat pembelian.

    Namun ada juga seller yg tidak telus dalam perniagaannya. Tidak menceritakan keadaan jam yg sebenarnya. Sebaliknya menceritakan yang baik saja walau jam tersebut terdapat cela. Walau pembeli tidak complain kepada seller tersebut, namun cerita mengenai seller tersebut tersebar & mencalarkan imej dia sendiri... Bila pembeli tidak redha dgn pembeliannya disebabkan ketidak telusan seller, kena fikir semula hukum duit yg diambil tersebut.. Kepada seller, berhati2 juga dgn apa yang anda nyatakan & tolonglah jujur....

    ReplyDelete
  2. setuju tu bro....tepat dan padat

    ReplyDelete
  3. pd aku klu kita seller.. kne jujur
    klu kita buyer.. kne ade ilmu

    ReplyDelete