Tuesday, September 4, 2012

kemuncak

setiap permulaan pasti ada kemuncak. kini seakan aku sudah sampai ke kemuncak keghairahan. minat masih ada tetapi dirasakan tidaklah seghairah waktu lampau. berpuluh ,beratus yang aku lihat, cantik belaka namun tidak lama,kemudian dilepaskan. aku lebih banyak menghabiskan masa menggilap koleksi yang ada, menukar strap/tali. kadang-kadang setiap hari tukar. hari ini pakai bracelet. esok mungkin leather brown. lusa mungkin leather lain pula. gambar-gambar yang ada di blog masih lagi menimbulkan minat, namun untuk memiliki secara bersungguh seakan pudar perlahan-lahan. kadang-kadang hanya jam yang aku tengok secara berhadapan atau di alam realiti barulah timbul sedikit keghairahan. tetapi silap aribulan lusa jual pula. sejak beberapa bulan ini terdapat banyak perkara yang melintas dalam fikiran setiap kali meneliti gambar-gambar atau tilikan secara realiti. akhirnya berakhir dengan ' takpelah, tak jadi dulu...".aku sendiri pun tidak berangan untuk upgrade ke lebih tinggi , sebab bagi aku bab upgrade ni terjadi tanpa dirancang. tidaklah terlalu fikir sangat bab upgrade ni. cuma bila kemampuan dan jodoh itu bersatu maka sampailah aku ke level yang seterusnya. sudah lama rasanya tidak menulis artikel sebegini. banyak tulis lirik lagu sahaja. ya, aku banyak habiskan masa bersantai dengan lagu dan filem klasik kini. kemudian membaca. kadang-kadang e-book di online, blog, buku dari perpustakaan dan sebagainya. jadi untuk hobi horologi ini apakah keghairahannya semakin sampai ke kemuncak? tunggu dan lihat sahaja pada bulan-bulan yang akan datang bagaimana survival seterusnya untuk hobi ini.
pencarian rayban vintage juga sudah berakhir. dari atas ; 1-rayban caravan arista gold frame with g15 lense circa 1980s, 2-rayban caravan black chrome frame with g15 lense circa 1980s, 3-rayban signet 12k gold filled frame with rb3 dgm lense circa 1950-60s, 4-rayban explorer nos arista gold frame with g15 lense
kaca mata klasik yang sering di pakai ; 1-vintage playboy sunglass with half mirror lense made in austria circa 1980s

No comments:

Post a Comment