Wednesday, August 29, 2012

for me

Bila bersemadi warna cinta
Pudarlah segalanya
Tiada mentari lagi
Yang mengiringi perjalanan

Mestikah bersedih
Pada hakikat
Dikurniakan padamu
Bukankah cita-citamu
Memperjudikan kasih sayang

Kita mampu merancang
Hanya Tuhan menetukan
Tak perlu dikisahkan..ooo...(2x)

Janganlah memburu
Angin yang berlalu
Kelak kau terima
Jawapan yang kecundang
Pulang saja di mana
Permulaan langkahmu
Biar saja angin terus berlalu
Oooo...berlalu

 biarkan berlalu - adalah salah satu lagu yang terkandung dalam album wings yang pertama 'BELENGGU IRAMA'.buat album pertama ini, bahagian gitar dipegang oleh syam, yang kemudiannya menubuhkan band CRK. aku suka 3 album wings yang awal iaitu belenggu irama, hukum karma dan jerangkung dalam almari serta teori domino. 4-4 album tu aku masih simpan. untuk lagu ini, penciptanya adalah seorang komposer lagenda dalam menghasilkan lagu-lagu slow rock tak lain tak bukan arwah j.s kevin. solo lagu ni meleret dan menangis, begitulah ciri-ciri solo yang dimainkan oleh syam. satu lagi lagu yang aku suka solo yg dibawa oleh syam adalah intanku kesepian. bagi lagu ini, liriknya berkisar tentang nasihat kepada mana mana insan yang kecundang dalam memburu impiannya mungkin cinta atau perkara lain. jadi diseru kepada insan insan yang gagal ini supaya biarkan kegagalan itu berlalu sahaja dan mulakan semula dengan langkah baru. itulah serba sedikit fahaman aku dari lirik yang ringkas ini. anda semua pun boleh mentafsirkan mengikut fahaman masing masing.

2 comments:

  1. ...ermm...masa terbaikk belajar muzik bro...beli instrumen...beli buku...pegang 4-5 kord asas...reason da ada...

    ReplyDelete
  2. hehe bro, tulah
    aku sepatutnye dari sekolah lg belajo main gitar sikit-sikit. jari keras la bro, bukan x minat

    ReplyDelete