Tuesday, August 28, 2012

for her...dan sedikit ulasan

Desiran sayup
Di jendela ku
Seakan suara mu
Menyusup keresahan
Ku ingin melempar perasaan
Yang masih mengharapkan
Bersatunya impian
Ku cuba membunuh cinta kita
Bersama airmata
Menafikan derita
* Makin ku cuba untuk melupakan
Kenangan mesra waktu bersama mu
Semakin rindu menikam di kalbu
Semakin dalam cinta ku pada mu
** Puas sudah airmata cinta
Meratap punahnya mahligai bahagia
Dimanakah berakhir derita
Berkurun rasanya hidup ku sengsara
Solo
Ulang * dan **
Berpasiran
Waktu yang berguguran
Tiada menjanjikan
Penawar kelukaan
Penyembuh luka ku
Lagu: Aidit Alfian
Lirik: Baba


lagu ini berkisar tentang seorang insan yang cuba melupakan kenagan silam cinta bersama kekasihnya. namun seakan tidak berjaya dalam cubaannya untuk melupakan kenangan lampau itu. hehe...sedikit terjemahan lirik lagu yang aku faham.lagu ini adalah antara hasil usaha aidit alfian yang waktu dulu bagi aku memang berjaya menghasilkan lagu puitis. lirik yang penuh bermakna pada diri aku pula adalah ciptaan baba. aku anggap lagu ini dibayangi oleh cinta dan air mata, juga ciptaan aidit alfian, walhal lagu ini boleh dikira masterpiece terbaik dari aidit. lirik dan riff gitar lagu ini sangat padan, solo yang nice , dipercayai lagu ni bahagian gitar di mainkan oleh man kidal, yg merupakan sebagai pemain gitar undangan untuk album ini. sehingga kini masih dalam pencarian siapakah sebenarnya yang membawa bahagian gitar lagu ini, dengan aku mengemukakan pertanyaan kepada beberapa orang peminat muzik klasik rock melayu. ada yang mengatakan sham, sedangkan dalam album ini tiada lagi nama syam, cuma ajie sebagai lead gitar dan juga man kidal sebagai pemain gitar undangan. apa pun lagu ini boleh dikatakan tiap hari bermain di playlist aku. tak jemu mendengarnya.maaflah kawan-kawan , buat sementara ini kurang post pasal jam, sebaliknya banyak pasal review lagu rock klasik. sememangnya ini satu lagi cabang minat aku yang besar, sejak dari sekolah lagi.

2 comments:

  1. amar..
    aku suka ko punya ulasan lagu..Ni permintaan aku,ko buat lah ulasan lagu kumpulan WINGS pulak..hehe..

    ReplyDelete
  2. terima kasih bro
    aku cuba buat ulasan biarkan berlalu dgn intanku kesepian. ko tunggu nanti

    ReplyDelete