Friday, July 20, 2012

h4u

Abg razif king rado dah calling aku semalam ajak bersidang. kebetulan dia ada beberapa hari di johor. jadi pada malam ni, selepas terawih aku terus cergas ke sana. turut di undang adalah hazrin (irama masa), firdaus dari melaka . saudara sarip tidak dapat menghadirkan diri kerana punyai urusan yang tak dapat dielakkan. begitu juga abg hassan (detik 12), yang tidak pulang ke kampung halamannya pada minggu ini. sesi berjalan lancar. untuk pengetahuan, sudah genaplah setahun aku bersahabat dengan abg razif. abg razif pertama kali bertemu aku pada bulan ramadhan tahun lepas. semoga hubungan silaturahim kami berkekalan. saudara hazrin telah biasa aku hubungi sebelum ini dalam telefon dan ketemu semasa h4u baru-baru ini. sementara saudara firdaus adalah seorang sahabat jam dari melaka yang mahu meluaskan hubungan dengan kawan-kawan lain. persidangan tamat pukul 2.30 pagi, itu pun setelah dihalau oleh tuan punya warung









2 comments: