Monday, July 16, 2012

H4U subang-shah alam-sungai buloh-putrajaya-kajang

hari tu brader sebelah kiri tak dapat datang H4U. memandangkan aku pun dah lama tak sembang dengan abg hassan, aku pun pergilah jumpa dia di tengahari sabtu minggu lepas. turut hadir sahabat karib aku yang menjaga aku sepanjang aku di lembah klang, firdhaus dan manok/mohd nor sariman...perbualan pasal jam setakat sampai 12 lebih je. selepas tu macam biasa aku dengan abg hassan pasti akan berbual tentang topik  yang lebih menarik lagi. mula-mula dia cakap nak masuk kerja pukul 4. sudahnya dekat pukul 3 baru beredar. perbualan yang berisi dan sangat bermakna. terima kasih semua. terima kasih manok yang sanggup datang walaupun ada hal sebelum tu. hari tu juga sepatutnya abg muhammad atau abg mat kunci jam aku jemput, tapi kerana ada hal tak dapatlah dia menghadirkan diri. next time maybe

 http://detikduabelas.blogspot.com/2012/07/vulcain.html?showComment=1342460824909#c4696638010011263820

makanan tengahari tu

bekas taiko SEMESTI,kini menikmati hari persaraan sebagai pailang

kalau dah sampai lembah klang, memang wajib jumpa jeghi. malam tu pukul 11 di shah alam, sepatutnya zuhairi dgn alhakim kajang datang...tapi mereka ada hal...persidangan tetap jalan bersama ahli persidangan baru iaitu kamarul khair....tauke tayar SBK...boleh roger dia jika anda ingin mendapatkan tayar SBK dengan harga berpatutan. persidangan tamat dekat pukul 3.20 pagi

makanan tengah malam. cuccccoooooooor? nukkkkkkaaaaarrrrrrr? yang ni lawa? yg tu lawa? lawa belaka? mabuk? jeng....

sepatutnya ahad malam tu aku dah sampai ke johor. tetapi singgah dulu ke rumah pailang putrajaya..jumpa zulhairi..sahabat baik aku. kami kalau tak jumpa pun , dua tiga hari sekali akan contact dan call...seperti abg razif rado dan cikgu mizan penang. ahli malam tu adalah sekali lagi jeghi dan al-hakim...lebih banyak berbual dari melihatkan koleksi. biasalah, kami berkawan bukan lagi sebab jam tapi sudah lebih kepada kawan-kawan yang berkongsi banyak hal.

al hakim seolah membaca doa selamat



terbaik

aku ingat nak balik selepas dari persidangan di rumah zulhairi. sekali hakim ajak singgah. lagi pun aku nak tengok IWC tu. singgah la. terjadi juga beberapa cucuran dan akhirnya aku tidur dekat rumah hakim je malam tu. bantai mee sup sampai dekat seperiuk, mana tahan mata dah beb. masa tu pun dah pukul 3. hakim suruh tido je lah dekat rumah. apa nak risau aku pun mengajo petang...pagi esok pukul 9 lebih aku gerak dari rumah hakim.

TERIMA KASIH SEMUA RAKAN-RAKAN, FIRDHAUS RAMDAN, HASSAN BAHRI, MANOK, JEGHI, QAMARUL, ZULHAIRI, AL-HAKIM, dan SYAFIQ  kerana hospitality korang memang terbaik. aku terkilan kerana kali ni tak sempat ketemu abg Khuzaiman, Nazri, sarip, zachary , mus may, Adr Lee dan shidi. juga bro Zul pat pat siku lipat..maaf banyak kerana aku datang tak kena pada time. ikutkan hati aku nak jumpa semua.
long live H4U

2 comments:

  1. Amar..
    ingat jugak kat aku hehehe...
    kenapa tak bagi tau nak datang...

    ReplyDelete
  2. itulah, aku serbu mana yg ada je bro...maybe next time lagi..

    ReplyDelete