Monday, June 25, 2012

tiada tajuk tiada tujuan

aku berasa agak hambar dah sebulan dua ni dalam memburu jam idaman. tidaklah luput terus kecintaan terhadap hobi ni, tapi ada mula menampakkan surut dan tumpulnya. memang ada banyak perkara yang berlaku kebelakangan ni yang mengganggu fikiran dan tumpuan. aku sendiri pun sebenarnya tak mengimpikan jam-jam tangan yang begitu hebat , cuma mahu merasa sedikit-sedikit sisa dari zaman lampau. perasaan hambar ni hadir bila aku rasa nak kurangkan lagi bilangan jam yang ada kebelakangan ini. dari group yang berkaitan dengan jam tangan di dunia virtual pun sudah aku tarik diri. tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lagi melainkan aktiviti di alam realiti dengan kawan-kawan yang sememangnya kalau tidak pasal seni jam tangan dan sebagainya kami tetap akan jumpa. dan beberapa lagi rentetan perkara yang aku malas nak ungkapkan. lantaklah, biarlah apa yang nak dikata..siapa yang kenal, yang biasa berurusan dengan aku akan lebih mengerti siapa aku. ada juga yang marah atau rasa aku merosakkan perniagaan mereka bila tengok harga yang aku buka pada pelanggan. Kawan-kawan, aku buka harga macam itu pun, orang masih tawar lagi beb. tapi tiada masalah, sebab yang beli pun kawan-kawan. bukan orang lain. kadang-kadang untung, alhamdulillah. kadang-kadang rugi, pun Alhamdulillah, sebab kita mungkin rugi dalam bentuk wang, tapi dalam hubungan dengan kawan mungkin lebih baik. lagi, ada pulak yang bilang aku ni pentingkan keuntungan dan perniagaan lagi dari kawan. dah macam tu pulak? sudahnya yang terbaik buat tak tahu saja dengan apa yang orang cakap. buatlah hal sendiri lagi mudah. hehe..dah la, ini sekadar artikel pendek sahaja dari seorang blogger jualan jam yang tak berapa nak berjaya sangat macam aku ni. anyway yang akhir sekali, aku ucapkan TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG SENTIASA MENYOKONG DENGAN MEMBELI, MELAYARI, MEMBACA DAN APA SAHAJA YANG ANDA BANTU UNTUK TERUS SOKONG KEWUJUDAN BLOG INI. HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS BUDI KALIAN SEMUA.

2 comments:

  1. Betul tu, kadang2 kita jual tak untung pun pun, rugi pulak lagi ada, tapi demi kawan2 tak kisah.. bagi semangat pada yang ingin menambah koleksi jam. Mungkin jam tu dah tak bermakna buat kita, tapi mungkin sangat bermakna pada orang lain..

    ReplyDelete
  2. suka jam-
    rasa satu kepuasan bila kawan-kawan tu jaga dgn cermat pulak jam kita

    ReplyDelete