Monday, June 11, 2012

CRK

band CRK, antara band hujung 80an-awal 90an yang menjadi favourite aku. tak aku sangka band ni ada album kedua yang bertajuk air mata cinta. album pertama mereka (aku lupa pulak tajuknya), mengandungi hit yang aku rasa kebanyakkan peminat kapak tahu, iaitu cita dan airmata. ciptaan aidit alfian. begitu juga lagu ini. sekali lagi ciptaan aidit alfian...lagu ni boleh diketengahkan dalam stesen radio sinar fm. aku kira lagu ini mantap. slow rock yang mantap, bersama riff gitar mendayu-dayu(meraung-raung ala ritchie blackmore pun ada tapi versi nusantara.). itulah kehebatan band awal 90an, kesemuanya hebat. album ini juga mengandungi beberapa buah lagu slow rock yang aku kira terlalu underrated. kualiti yang baik, penyampai vokal iaitu saudara Kamal juga berjaya menyampaikan lagu-lagunya dengan sangat baik. lagu yang menjadi tajuk album kedua CRK ini menjadi pilihan untuk aku share pada hari ini. tiap hari mesti akan terpasang lagu ni radio kereta atau mp3 laptop aku.


No comments:

Post a Comment