Wednesday, May 30, 2012

H4U 2012

Pertemuan dikalangan pengumpul,penggemar segala jenis seni horology di Malaysia bakal diadakan pada 3 jun ini. pertemuan pertama diadakan pada tahun 2010. bermula dari pertemuan itu, semakin bercambah TT session secara kecil-kecilan di seluruh Malaysia, di utara, tmur,barat, selatan, dan kepulauan borneo. buat diri aku sendiri, segala jenis pertemuan ini menghasilkan semacam suatu liburan buat diriku dalam mengharungi kepayahan , tekanan dalam kehidupan seharian, dengan bertukar-tukar pendapat, koleksi, pengalaman dan sebagainya.hilang sebentar segala kekusutan apabila kita bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. bergelak ketawa, tersenyum sendiri, tersengih, menggeleng kepala, menepuk dahi, semua reaksi ada apabila berlakunya pertemuan ini. ikatan silaturahim juga dipererat dan semakin meluas. dari sekadar berkenalan di alam maya, membawa kepada berkenalan di alam yang nyata. itulah penangan sebenar H4U. buat semua kawan-kawan, hadirlah bersama koleksi anda, banggalah dengan bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan serta hindarilah sikap takabur dan bongkak dalam diri sendiri apabila menjelang 3 jun nanti. niat kita, BERSATU, BERKONGSI, BERTUKAR, BERJUAL DAN BERKAWAN. 5B. apapun sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada organiser di atas usaha yang sangat keras bagi menjayakan h4u 2012, penyumbang hadiah, dana, dan sebagainya. LONG LIVE H4U

No comments:

Post a Comment