Monday, April 30, 2012

kejohanan kriket MSSJ 2012

Secara keseluruhannya kontijen MSSD Batu Pahat sekali lagi mengekalkan tempat ketiga bagi kedua-dua kategori, bawah 12 dan 18 bagi pertandingan peringkat negeri pada kali ini. Secara peribadi aku agak kecewa dengan pencapaian para pemain bawah 12 tahun, yang sebelum ini pada 2011, telah pun menjuarai kejohanan kriket bawah 11 tahun outreach peringkat negeri Johor...pada tahun ini mereka gagal mengulangi pencapaian tersebut, dan terpaksa sekadar berpuas hati di tempat ketiga. post-mortem telah dilakukan , kelemahan patut dibaiki pada kejohanan akan datang. walaubagaimanapun, tahniah juga pada para pemain,dan terutamanya para pegawai serta jurulatih dan bekas-bekas pemain yang turut hadir sepanjang kejohanan ini berlangsung.



jurulatih dan penolong jurulatih

bergambar kenangan setelah menewaskan MSSD PENGERANG untuk meraih-tempat ketiga

3 pemain kelab SK Ayer Hitam YANG MEWAKILI MSSD BT PAHAT UNTUK PERTANDINGAN MSSJ PADA 2012, aidil sahar, solihin rusli (kapten MSSD BT PAHAT), naim majlan (best wicket keeper MSSJ AWARD)

BERGAMBAR KENANGAN;BAWAH 12 TAHUN KE-3, BAWAH 18 TAHUN KE-3


No comments:

Post a Comment