Friday, March 9, 2012

kembara cuti yang tak berapa hari sangat








 sudah sampai aku ke kampung halaman. ambik cuti awal sehari. sebenarnya ada hal keluarga, jadi aku mohon balik awal. disamping itu badan pun tak berapa sihat. macam biasa, bila balik je ipoh, memang ada kawan-kawan yang minta tolong cari barang atau bawa repair koleksi penunjuk masa silam mereka. jam mauthe 3 lubang tu, milik bapa bakal tunang. dia minta aku overhaulkan, jam tu dia dapat dari foreigner yang kerja di ofis dia masa tahun 1975. aku tak pasti tahun sebenar jam ni bila, sebab cop adalah made in germany. sedangkan germany tu hanya pakai sebelum tahun 50 berapa aku tak ingat, berikutan pemisahan east/west germany sehingga tahun 1991. insyaallah, harap servis dah cukup untuk hidupkan balik. memang solid body jam ni, chimes dia aku dah bayangkan memang bunyi nyaman. mauthe oi, ibarat rolex dan omega kalau jam tangan. kalau jam dinding, junghans, mauthe, seth thomas, dan bigben tu la nama besar dan harga besar. mauthe ni nak tengok review sila tengok youtube, type gustav  becker. adala keluar koleksi dia.

roamer dengan seiko tu pun sama. seiko seahorse boysize, taapi lawa gila, tuannya kata terberhenti masa dia pakai. aku dah winding dari pukul 11 tadi dah 9 jam masih berjalan. tengok esok macam mana, kalau run lagi, tidak perlu servis. roamer tu milik bapanya. dah tiada pun bapanya. jam tu antara kenangan bapanya, so dia minta aku hantarkan overhaul. insyaallah, aku cuba sebaik mungkin , bawa jumpa dua doktor.

tissot atas tu milik aku, tak perlu servis. haha...itu jam yang paling kerap aku pakai bulan lepas dan bulan ni. lama dah cari, akhirnya dapat. semalam drive pun pakai jam tu.

so,kawan-kawan yang berminat untuk cari jam dinding,loceng, meja, dapur yang klasik boleh roger aku dalam masa seminggu ni. sekian

2 comments:

  1. Amar, sekarang ni musim hujan kat ipoh. Malam-malam boleh le pekena kopi panas.

    ReplyDelete
  2. insyaallah bang, ni badan pun tak berapa sihat...

    ReplyDelete