Tuesday, January 3, 2012

persidangan sebelum kerja esok

bungkusan yang nak kena hantar hari ni. ramai gila orang di pejabat pos, almaklumlah dividen ASB dah boleh dibelanjakan

biasanya memang pos laju lah yang jadi pilihan aku. ini sebahagian dari resit yang terselamat dalam simpanan. alhamdulillah, dan terima kasih pada rakan-rakan dan pelanggan yang memberi kepercayaan kepada aku. tanpa anda semua variasi jam hanya sekadar blog picisan

selesai urusan di pejabat pos aku dapat panggilan. kawan ajak bersidang. katanya ada dapat barang. aku pun balik rumah kejap ambik barang

elgin automatic fancy lugs.

lagi, benrus date pointer

aku berkenan sungguh tissot ni.milik kawan aku punya kawan(berbelit aku nak sebut) tapi member aku bagi tau yang enjinnya dari model lain. enjin original tissot tapi untuk yang ada date...haduiii...kawan dia suruh dia servis, dan dia pun pening kepala nak buat. barang rojak beginila

jam-jam yang perlu dia servis. member aku ni takde masalah, sebab dia memang tukang jam

seeland, enjin bumper. untuk dijual juga kalau dah siap bikin

nanti aku preview cyma , benrus dengan elgin tu. semua for sale. agaknya ini la persidangan terakhir sebelum aku mula bekerja esok


No comments:

Post a Comment