Thursday, January 5, 2012

iklim-lagenda slow rock+balada dari terengganu

siapa yang lahir di zaman 80an dan membesar pada awal, pertengahan tahun 90an, sememangnya kenal band ini yang sangat meletup pada waktu itu. suara serak basah Saleem dan petikan keyboard yang harmonis dari saudara Huzali serta riff gitar menarik dari Umarul dan rhythm seksyen yang mantap ( mohalim-bass, kama-drum) membantu kepada keberhasilan lagu-lagu menarik dan bermutu tinggi. ayah aku beli album pertama satu kesan abadi( 1990), masih aku ingat dekat tiap hari dengar kaset tu. masih ada lagi dalam simpanan aku album tu walaupun telah rosak dan juga mini-compo national yang menjadi pemain kaset tersebut , masih juga ada, dan berfungsi dengan baik (kecuali pemain kaset- dipercayai dijahanamkan oleh aku juga...hehe). album satu kesan abadi dikeluarkan oleh Suara Cipta Sempurna...itulah album pioneer Iklim yang meletup-letup dan lagu-lagunya evergreen sampai kini. Bila aku dah masuk sekolah menengah aku pulak yang beli album iklim seperti IKLIM (1994- aku beli time 1999 kalau tak silap, stok lama),  salam perpisahan (1996- beli masa tahun 2000-pun stok lama), album kompilasi Dirgahayu Iklim pun sama..tak ingat beli bila.

seisi keluarga aku minat dengan kumpulan Iklim ni. Iklim ni boleh dikatakan band paling berjaya dari pantai timur selain dari kumpulan Spring, Panji dan Visa...Iklim berjaya bukan sahaja dari jumlah jualan album, malah meraih pelbagai anugerah sepanjang aktifnya kumpulan ini dalam persada muzik. apa pun, sebagai tribute kepada band yang sudah menjadi icon kepada peminat muzik tanah air, aku kongsi bersama beberapa lagu yang orang jarang dengar, tapi tetap terbaik. susah aku nak cari lagu yang tak terbaik kalau dari kumpulan Iklim ni..

iklim-pasrah



iklim-hidayah


iklim-elusan cinta

iklim-cinta dan khalimah

No comments:

Post a Comment