Sunday, January 22, 2012

aktiviti cuti

         aku baru saja pulang dari majlis perkahwinan sahabat di terengganu. penat usah cakap. badan lenguh-lenguh. speedtrap entah berapa banyak bermula dari bandar muadzam sampai kemamang. sampai kemamang ikut jalan jabor, memang adventure. lubang sana sini tanpa belas ikhsan.mungkin sebab jalan jerangau-jabor ni banyak bas dan lori yang belasah. selain dari tarikan jalan berlubang, bangkai babi hutan ada lebih kurang 3 ekor,yang aku jumpa sepanjang jalan ni.hehe..bolehlah dibayangkan di celah rimba mana aku memandu. dekat satu selekoh, tayar kereta aku boleh pulak tertusuk mata kail pancing. nasib baik tak dalam sampai tembus, alhamdulillah. moga diberi petunjuk pada manusia yang suka melemparkan segala manikam di atas jalanraya.suasana di terengganu tak banyak berubah sejak aku tinggalkan sebulan setengah yang lalu (sebelum tu dah 2 tahun tak pergi), cumanya di kawasan kemamang-chukai aku tengok ada sikit perubahan. majlis setel tengahari tadi dan aku singgah di kertih, sempadan kemaman-kuantan, gambang, muadzam dan last sekali segamat.
         bila pergi terengganu ni , macam-macam kenangan menjelma, sebab aku pernah duduk mengaji di negeri penyu ni selama setahun setengah. pada hari yang sama, berlangsung aktiviti 'MAKAN GULAI" di rumah sahabat baik aku di Kota Bharu. maaf la, tak sempat nak pergi. aku pergi ni pun bawak orang dan follow konvoi, takkan nak blah macam tu je. jadi,malam semalam sempatlah aku call dan berbual dengan dia. terkilan gak tak dapat pergi, sebab ini la kawan yang banyak tolong aku masa belajar di terengganu. layanan 1st class yang aku dapat dari keluarga dia memang takkan aku lupa sampai bila. dulu, kalau aku sampai di stesen bas jalan hamzah, Kota Bharu, pukul 4-5 pagi, call je, dengan pantas dia datang amik. tak pernah merungut. singgah rumah dia, sarapan, rehat dan macam-macam. nak cerita panjang, tapi memang banyak budinya yang aku tak terbalas. ada lagi 3-4 orang sahabat yang dari kota bharu ni yang layanannya lebih kurang camni (geng ni jugak tuk guru aku untuk bahasa loghat diorang....hahaha)...hehe...buat dia, tahniah aku ucapkan, semoga menjadi TOK LAKI yang baik untuk isterinya.
ada lagi seorang sahabat yang asal dari Kota Bharu, pun GULAI pada hari yang sama,tapi di sebelah perempuan, di Kedah. tak dapat jugak aku pergi.semoga kamu berdua selamat berbahagia sampai ke-sudah.hehe..
           H4U aku tak ingat bulan berapa, tapi rasanya mengikut last update , tengah tahun ni. insyaallah aku join. kawan-kawan yang lain, yang baru nak berjinak yang dah lama berjinak marilah kita meriahkan perjumpaan komuniti penggemar penunjuk masa. bolehlah anda berkenalan dengan pelbagai jenis ragam manusia , ada yang memang boleh buat kawan susah senang+tuk guru+ rakan niaga. ada yang kaki kelentong,bongkak, takabbur bangga diri, egoism,berpuak-puak atau berkelas-kelas pun kita dapat berjumpa. Begitulah keadaaanya, kepelbagaian sikap peminat jam ni lah yang menjadikan dunia seni ini penuh mencabar dan menyelerakan. yang penting kita pandai memilih kawan, sebab main /minat /suka jam tangan ni perlu ada ramai kawan supaya kita sentiasa dapat berhubung dan bertukar pendapat antara satu sama lain.jangan segan bertanya walaupun orang yang kita harapkan untuk bertanya berikan respon ibarat tak kentut setahun. korang boleh tanya kawan-kawan yang lain .
           aku pun sekarang slowdown sikit. banyak koleksi sendiri dah jual. ada banyak sebab yang buatkan aku terpaksa melepaskan yang lain. aku pun cakap saja yang pandai, tapi aku sendiri pun bosan dengan jenis-jenis golongan negatif yang aku jumpa dalam komuniti ni. apa boleh buat. sabar je lah. 

No comments:

Post a Comment