Friday, December 2, 2011

super rare titoni

sekadar ingin berkongsi. titoni military ni ada aku perhati dalam beberapa blog mat saleh dan juga tengok depan mata sendiri. setelah kaji sikit sejarah titoni dan kajian berdasarkan pemerhatian, airmaster yang pakai dial military jenis macam ini sebenarnya adalah sangat RARE. kenapa?

-dial ni mirip kepada design omega railmaster military yang keluar sekitar 40-50an rasanya
-tak tahulah pulak kalau titoni ada keluar re-issue yang copy design military macam omega
-kalau sekitar 40an-50an, memang tak wujud lagi nama titoni. nama titoni ni keluar hujung 50an-awal 60an. untuk produksi sebelum tu semua masih dibawah nama felco lagi. airmaster punya keturunan keluar dalam tengah 60an dan awal 70an. model awal yang memakai nama titoni(awal 60an) kebanyakkannya takde lagi siri spacestar, airmaster, siri nombor macam 99, 88, dan sebagainya.kebanyakkannya di dial hanya tertulis titoni sahaja.
-kalau military style vintage untuk jam family scheleup ni pun aku rasa keluar di bawah nama felco dan bukan begini pulak designnya.
-tahun 70an kalau keluar model military ni aku pun tak tau atas tujuan apa. mungkin untuk perang vietnam agaknya, atau pun atas arahan IDI AMIN.hahaha..sebabnya era 70an dah melambak jam design diver , chrono yang penuh warna warni...
-aku dah pernah jumpa 2 biji airmaster yang pakai dial ni, finishing di dial terlalu sempurna dan macam NOS.haha..tulisan airmaster dan titoni tu terlalu straight forward dan kurang seni.Movement masih original movement titoni.pernah ditawarkan harga setinggi rm 300, aku nyaris terbeli, mujur masa tu takde duit sangat. akhirnya bila buat search sikit dan stadi, aku rasa bersyukur tak terbeli.
-repaint atau redial kalau ikut design asal tiada masalah sangat kalau jenis yang tak kisah, tapi ini repaint lain terus. orang yang tak tengok dunia lain dan kurang bertanya memang terkena la kalau kes macam ni. kenanya pulak ditambah dengan mabuk berpanjangan.kes mabuk bahaya, aku ada pengalaman.mujur duit sentiasa jadi benteng yang kuat, alhamdulillah....bila mabuk tanpa usul periksa banyak benda kurang best boleh jadi..

omega railmaster redial

kesimpulannya; kalau jumpa titoni military design macam ini, eloknya abaikan je lah..itu sekadar nasihat aku. kalau dah minat sangat dan tak kisah, x mengapa



2 comments:

  1. Aku pernah jumpa sorg seller india jual titoni gambo atas tu... Dial dia bgtau dah repaint n relume... Tp cun gila buatan dia. Rega mmg mahal la. Dia claim pro yg buat kerja tu.

    Titoni aku dulu pun kalau tgk gambo dah repaint. Cun gak buatan dia. Tp yg aku dok jumpa kat sini plak, kerja rpaint tak kemas. Cacat di beberapa tempat. So far nmpk gambo watchlim agak baik redial dial. Apa2 pun original condition lebih baik. Kalau tak kisah dgn refurbished, ok ja. Tp biarlah tahu jam tu dah refurbished

    ReplyDelete
  2. ya, setuju dgn apa yg bro cakap. aku rasa kalau seller bagitau jam tu memang re-paint refurb dan sebagainya, tak de masalah.
    yang jadi masalah bila seller claim ALL GENUINE AND ORIGINAL. mampus x ngaku walaupun kita dah detect..padahal kita bukan nak marah pun, tiba bila x mengaku dan kemudian hari terbukti macam mana pulak?

    ReplyDelete