Tuesday, December 27, 2011

rumusan aktiviti hujung tahun

cuti kali ini tiap-tiap hari penuh dengan aktiviti. selain dari aktiviti bersama keluarga, berjumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan baru dari pelbagai jenis bidang hobi, jam tangan,jam dinding, duit, barang antik dan sebagainya. perjumpaan berlaku hampir setiap minggu, kadang-kadang 2-3 hari berselang satu perjumpaan. banyak ilmu yang aku dapat , bercampur dengan golongan veteran

perjumpaan di locken-tiap minggu. berburu dan berbual-bual dengan seller-seller di sana


bawah super kinta- tiap pagi pergi.

bersama sahabat-sahabat , abg razif dan cikgu zul jammasa

bertemu saudara hakim dan abg lan jamkoleksi

ini tempat aku bersidang tiap-tiap hari kecuali sabtu dan ahad atau aku keluar jalan jauh dengan keluarga. banyak ilmu aku dapat disini bersama veteran-veteran yang ramah dan sudi berkongsi pengalaman

jadi drebar keretapi sekejap. pertama kali aku masuk depoh ktm ni. terima kasih abg razif, aku berdoa agar penyamun tu memulangkan semula barang yang dicuri...mudah-mudahan...dan aku sedang berusaha contact kaki jam di sekitar selatan untuk memudahkan tugas pencarian
perjumpaan bersama abg aziz, haji marzuki dan bro aswad. seller-seller locken yang baik dan peramah. terima kasih sudi berjumpa dan berkongsi pengalaman

perjumpaan bersama saudara ku ahmad. juga aku ucapkan terima kasih kerana sudi bertemu

perjumpaan bersama cikgu zul jammasa. hehe..inilah sahabat jam dari negeri sendiri yang mula-mula aku jumpa bila balik perak dan masa mula-mula main jam...tq bang kerana sudi berjumpa dan berbual panjang haritu

kesimpulannya: harulogi aktiviti akan terus berjalan...insyaallah

5 comments:

  1. Entry ini membawa maksud cuti sekolah dah habis.....Amar buat le posting wish watch untuk 2012. Tak ada lagi orang buat analisis jam-jam yang akan diburu sepanjang 2012 serta jangkaan pasaran tahun depan.

    ReplyDelete
  2. cikguzul: hehe...wishlist saya sekadar jam mampu milik yang sedap dipandang. nak kutip sebijik-sebijik jenama yg pakcik-pakcik, atuk atuk dulu minat. titoni , pagol, rado, titus...titus belum dapat lagi...ada dapat sebijik pagol dgn pakcik yazid baru ni..lawa lagi...date je kena servis...kondisi lain tiptop..nak carik titu yang daydate, date di pukul 12

    ReplyDelete
  3. pagol muka hijau tu ke? Jam tu cantik lagi.

    ReplyDelete
  4. eh, bukan, muka emas bling ckit la

    ReplyDelete