Saturday, December 31, 2011

lembaran 2012

masuk sudah 2012. 2011 ditinggalkan dengan penuh cerita dan liku-liku. sudah masuk tahun ketiga aku bergelumang secara serius dalam dunia horology yang penuh dengan pahit dan manis. semoga pada tahun ini aku lebih bersedia dengan perkara-perkara yang bakal berlaku dan bakal menduga diri aku. moga Allah memudahkan segalanya pada diri aku.
omega dynamic 1 cal 565
antara tangkapan terbaik 2011 aku..alhamdulillah

rolex tudor -prince oyster date
tangkapan yang menyebabkan beberapa biji koleksi aku terpaksa ditebang dan dijual

longines art deco circa 1940s

aku mengharapkan yang terbaik berlaku pada tahun ini. namun kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukannya.
selamat tahun baru 2012 buat keluarga aku saudara mara, dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong. moga kita semua sentiasa dirahmati.


muzik pilihan awal tahun 2012.
r.i.p gary moore- still got the blues (full version with long ending solo)
eagles-take it to the limit. aku kurang suka hotel california walaupun riff mantap...ini lah lagu balada eagles yang paling aku minat

2 comments:

  1. Tahun baru...tapi jam lama, lagu lama... haha. Asalkan bahagia bro. Tak gitu. Selamat taun baru

    ReplyDelete
  2. hehe..dah jiwa lama nk wat cmna....tq bro, tolong mainkan still got the blues kat aku, tapi jgn pakai strat, pakai les paul..hehehe

    ReplyDelete