Sunday, December 11, 2011

h4u-loken, ipoh bersama al-hakim, abg lan jamkoleksi, dan kawan-kawan aku

hari ini pakai-tudor
hari ini penuh dengan aktiviti. semalam, 2 sahabat aku satu kelas di sekolah menengah dulu, datang bermalam atas sebab menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami juga. bermalam dan bersiar-siar sekitar ipoh. jadi pada esoknya (hari ini, aku bawak la pergi ke loken.) kebetulan pulak saudara Al-hakim nak jumpa atas sebab nak amik khazanah dia. sampai je di loken, bersiar-siar, terjumpa Al-hakim dan Abg Lan Jam koleksi. berborak, dan tengok koleksi yang dibawa. kemudian persidangan di teruskan di rumah keluargaku.

sekitar kawasan Tasek yang banyak berubah sejak tahun 1990 ( keluarga aku pindah perak pada tahun 1989, sebelum tu kami sekeluarga di kuala lumpur.

inila sekolah rendah aku sampai darjah 6. adik-adik aku pun bekas pelajar SK Tasek.

ini dekat dengan exit highway, berhadapan bangunan FELDA. dulu semak je kawasan ni. dalam masa 2-3 taun tetiba berdesup naik hotel. hotel tu agak lama terbengkalai.

menghala ke kampung simee. aku dah salah jalan. patutnya lebih dekat kalau aku ikut jalan raja nazrin shah (dulu jalan kuala kangsar), sekali terbantai ikut jalan sultan azlan shah

berhadapan jpj..jauh banyak berubah

sekolah tamil di kawasan 98% penduduk cina

stadium ipoh,ada 3-4 biji kereta antik bersidai masa ni, tapi aku tak sempat snap gambar

dah masuk kawasan fair-park, dekat dengan kampung melayu kepayang. fair park ni asalnya macam bandar satelit untuk ipoh pada awal tahun 60an

di kawasan berpagar hijau tu dulu adalah kawasan perumahan senibina moden era 50-60an. rumah teres dua tingkat. macam design art deco kalau tak silap aku. tak tau kemana dorang semua ni pindah, dan juga tak tau berapa juta pampasan yang dorang dapat. sebab ini kawasan bandaraya

masjid "retak"

budak-budak anderson, cator avenue, vokasional ikut jejantas ni la

antara bulatan yang masih kekal, tak jauh dari taman d.r seenivasagam

dah masuk kawasan pekan baru. pekan baru ni dibina apabila pekan lama ipoh terbakar. pekan lama masih wujud lagi hingga kini. dipisahkan oleh sungai kinta je. nak tau kawasan pekan lama? landmark mudah je, kawasan padang kelab ipoh, st. michael, flat jalan timah, itu dalam kawasan pekan lama la

dulu panggung ruby ni

cathay, nampak lambang the store tu? dulu pasaraya ocean. ipoh adalah bandaraya yang paling banyak pusat hiburan seperti panggung wayang, kabaret dan sebagainya. ini berlaku sebab dulu ipoh ni yang duduknya banyak orang senang dan kaya. tauke lombong, estet, yang majoriti orang cina banyak duduk ipoh. sebelum taun 70an, ipoh memang nombor satu la bab kemudahan macam ini. mercedes pun paling banyak di malaysia suatu waktu dulu, di ipoh ni la. siap ada tercacak dekat satu gunung/bukit di kawasan medan gopeng, menghala ke simpang pulai. (ini bukan rekaan).

taman dr. seenivasagam. besar taman rekreasi ni. ipoh ada dua taman rekreasi utama iaitu taman dr, dan taman sultan abdul aziz atau padang polo. luas kawasan ni. masa kecik orang tua aku akan bawak basikal kitaorang dekat sini. aku dgn adik aku mengayuh basikal di dalam kawasan taman ini yang dilengkapi mini jalan raya, papan tanda, lampu isyarat dan juga stesen minyak. sekarang ni aku tak tau ada lagi atau tidak. dah dekat 10 tahun aku tak masuk kawasan ni



bangunan perak darul ridzuan, yang juga menempatkan pejabat SUK perak. aku sekarang ni tengah duduk dalam kereta anak SUK perak yang baru ni le...taun depan ayah dia masuk sini

belakang sk st.michael


sungai kinta

wisma taiko





bersidang di kaki lima je bersama abang lan jamkoleksi dan alhakim. dah lewat bersidang.

yang bawah ni koleksi abang lan







al-hakim sambung pulak bersidang di rumah aku. lagipun dia nak amik barang, jadi aku ajak dia singgah dan bersidang sekali la





pertemuan adik beradik





dalam pukul 12 lebih al-hakim beredar, kemudian aku dengan kawan aku pun ada urusan lain. H4U terus mekar dan aktif sepanjang masa

No comments:

Post a Comment