Saturday, November 19, 2011

pioneer rock n roll tanah melayu



hehe..orang senang menganggap pelopor muzik rancak 60an ni pop yeh-yeh..walhal inilah golongan pelopor muzik rock yang ada sekarang di Malaysia. lagu suzana-m. osman tu dikatakan lagu berentak rock yang awal.. sebenarnya lagu p.ramlee sendiri dah ada yang berentak rock contohnya, dendang perantau ( dengar riff intro ,solo), dan lagu bunyi gitar. dua lagu dari lagenda kita.
aku kalau band 60an, lebih suka The swallos feat kasim selamat dan The hooks feat a romzi. sebabnye? ini dua band yang rancak, gitar sound memang pure rock n roll, drummer pun dah ada beat yang laju, vocal mantap (a romzi dan kassim selamat)...3 perkara yang tak berapa nak ada pada band pop yeh-yeh lain.
ada lagi beberapa penyanyi solo seperti ismail harun dan arwah eddie ahmad yang aku minat. dua penyanyi solo yang bersuara lantang, diiringi band (the guys, the vigilantes, the antartic dan lelain)yang juga mantap dan punyai sound rock n roll/psychedelic era 60an


kesimpulannya: aku kurang setuju kalau orang kata ramli sarip dan sweet charity adalah pencetus irama rock. sebenarnya tidak. try lah explore muzik sebelum itu. itu belum lagi aku review band the rezas(70an-bekas pemenang pertandingan kugiran rtm) yang muziknya ala santana, dan band pengiring penyanyi mike ibrahim (aku lupa pulak nama band tu) clique fantastic ( dari indonesia tapi album pasar di sini -ada bawak lagu cover paranoid tapi sadur dari segi irama sahaja, lirik melayu)...ini sekadar pendapat peribadi dari penelitian, pembacaan dan perbincangan

No comments:

Post a Comment