Tuesday, September 20, 2011

rehat

Salam kepada semua, sejak selepas raya, aku makin kurang mengunjungi atau menyertai persidangan di pasar karat atau bertemu rakan-rakan seperjuangan. Ini mungkin kerana sebelum raya atau di bulan ramadhan dah cukup banyak memancing, so cukuplah untuk sebulan dua ni. Lagi pun jam yang diinginkan banyak yang dah dapat. Cuma ada sebiji dua lagi yang masih belum tercapai lagi.
Niat untuk slow down dalam hobi ini memang dah ada, dan sekarang mungkin masanya untuk bermula. Ditambah lagi tugas-tugas yang makin banyak dan beberapa komitmen lain perlu diutamakan. hehe...

Urusniaga atau jual beli masih berjalan seperti biasa, alhamdulillah , walaupun tidak sehebat blogger lain dalam bidang jualan, Blog ini masih ada buyer untuk setiap bulan. Bukan mudah untuk aku membina reputasi dalam bidang ini kerana terpaksa bersaing dengan ramai seller. Itu perkara normal. cuma yang sedih terpaksa bersaing dengan pasaran barangan tiruan serta kaki tipu online. Dua jenis golongan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada blogger atau seller yang menjual jam.
apakan daya, masing-masing punyai cara hidup berbeza untuk mencari keuntungan dan kesenangan.

p/s- untuk kawan-kawan yang memberi komentar di blog, aku mohon maaf jika tidak balas. sebab ada sikit masalah untuk aku balas. bila aku komen, dan nak post, automatik aku ter-sign out dari blog. sejak 4 bulan lepas lagi dah jadi macam tu. aku amat menghargai pada yang sudi memberi komentar. terima kasih banyak banyak.


deep purple mk 1
line up favourite aku untuk deep purple- dari kiri jon lord (keyboard),evans (vokalis), ian paice (drum), blackmore ( kompang-haha..gitar), dan nick simper (bassisst)
gambar ni takde kaitan dengan artikel. cuma apresiasi aku terhadap muzik rock klasik -salah satu hobi lama. bersantai dengan mendengar muzik rock klasik..

2 comments:

  1. ...aku nampak sedikit persamaan variasi jam dengan deep purple dalam gambar tu... kedua-duanya sedang berehat especially jon lord...dulu ella and the boys pun ada lord gark...misai sepesen :)

    ReplyDelete
  2. hehe....bro sah_kul,ajo aku main gitar..

    ReplyDelete