Friday, August 5, 2011

peringatan kepada peminat-peminat jam kecil-kecilan.

dah lama tak menulis artikel. maklum lah sibuk dengan kerja. buka mata sampai tutup mata pun kerja. baiklah, terus kepada perkara di atas. terdapat beberapa perkara yang perlu menjadi peringatan kepada rakan-rakan peminat atau penyimpan seni horologi di tahap beginner seperti aku. terutamanya kepada mereka yang minat kepada jam vintage. sebenarnye peminat beginner jam moden juga peringatan, tapi nanti dulu lah.
1. originality; ya, kurang ilmu pengetahuan, untuk mengesan tahap keaslian sesebuah jam tua. perkara ini akan dipelajari secara sendirinya oleh peminat-peminat jam tangan sama ada secara langsung melalui rakan-rakan senior dan secara tidak langsung contohnya, ( tertipu ketika membeli-buat post mortem rupanya lain yang dihajati-ini juga cara pembelajaran normal bagi peminat horologi). sebenarnya pada zaman ini, cara mengesan keaslian jam itu lebih mudah kerana kewujudan internet. dari internet ada forum, ada group, ada artikel yang boleh kita rujuk tentang jam tangan tua yang kita minat.

 jam jam tua ni perlu kita ambil perhatian kerana perkara seperti rojak, pelesu, sebenarnya berleluasa. seutas jam tangan itu masih ada nilai jika cerminnya sudah tukar atau tiada bracelet asal, atau dial di refurbish/tukar aftermarket-ikut spesifikasi jenis kolektor. asalkan pembeli diberitahu mengenai keadaan jam yang sebenarnya. apa yang jadi masalah sekarang, ada buyer yang tidak tahu beb. di nyatakan semua original seperti asal. tetapi sebaliknya. tapi keadaan begini berlaku kerana dua perkara, 1. buyer berpinar tengok harga murah, 2. seller pun sebenarnya tak tahu status jam tu sepenuhnya. maka jadilah keadaan yang sedemikian.

untuk buyer, eloklah bertanya dulu pada rakan-rakan yang berpengalaman.. cari ahli, cari kawan-kawan yang berpengalaman. jangan malu bertanya. penting semua ni agar tidak terbeli sesuatu yang merugikan nanti. kalau setakat seiko 5, tak pe beb, ini omega, rolex dan sebagainya kita kena ingat jenama-jenama ni banyak vintage palsu/kemboja/vietnam, seperti mana model tudor dan omega entry level seperti sea master dan sebagainya. sanggup ko habiskan 7-8oo beli barang palsu? fikir baik baik. kalau ilmu kurang main yang biasa-biasa dulu, belajo mendaki tangga, jangan terus nak berlari. memang ada yang mampu, tapi kan ke rugi bodo je kalau jadi macam tu. kawan-kawan aku yang dah bergelar otai pun bermula begitu. mula-mula kutip yang orang x minat, belajar sikit-sikit, naik level, then mereka berjaya.

jadi kesimpulannya itulah, sebagai buyer perlu ada pengalaman atau pengetahuan, sebagai seller pun sama. sekian terima kasih

2 comments:

  1. pengalaman boleh dpt dr membaca artikel, buku2 horologi, internet, bertanya dgn sifu2, selalu masuk laman sembang forum jam2 vintage, campur geng2 pengumpul jam vintage dan yg terbaik utk Msia... join Kelab Peminat Jam Vintage dan Dunia Jam

    ReplyDelete
  2. Lebih baik kita bertanya kalau tak tahu... Dpt seller yg jujur alhamdulillah... Mau dpt yg nak ambil kesempatan, punah kita. Malu bertanya sesat jalan... Insyaallah kita sama2 berkongsi ilmu.... Ramai otai2 jam di kalangan kita

    ReplyDelete