Thursday, July 14, 2011

aktiviti kriket 2011

pada bulan ini, telah bermula semula latihan kelab kriket dan pasukan kriket SK Ayer Hitam setelah hampir 3 bulan berehat. budak-budak pun dah ada yang lemau, jadi latihan memang perlu dan wajib bagi menyegarkan stamina, kemahiran dan taktikal. tidak seperti bolasepak dan sukan yang lain, kriket adalah sukan yang memerlukan pemain yang bukan semata-mata ada kemahiran, tetapi akal fikiran yang panjang untuk diaplikasikan dalam bentuk taktikal atau muslihat. teknik juga bukanlah mudah. sekali tengok, bila kita tengok bowler(pembaling) baling bola macam mudah. tapi hakikatnya nak dapatkan cara balingan yang perfect makan masa tahun jugak. itu belum lagi kalau disuruh buat bola spin. kesimpulannya, latihan sepanjang tahun memang perlu.



ANTARA AKTIVITI KELAB KRIKET AYER HITAM, selain daripada latihan biasa, kami turut mengundang pemain dari pasukan sekolah menengah untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli kelab dan pemain sekolah. 3 gambar ni diambil ketika awal tahun, ini...turut hadir bekas pemain kriket negeri johor dan kebangsaan. bertuah budak-budak ni....aktiviti seumpamanya mungkin akan dibuat pada hujung tahun ni, insyaallah.

selepas raya, pada 27, 28 dan 29 september,jika tiada aral melintang, pasukan pimpinan ku dan cikgu zolkanine, sekali lagi menghantar pasukan untuk bertanding ke kejohanan kriket mssd batu pahat bawah 11 tahun. insyaallah. bermula dari minggu lepas, ahli kelab dan pemain sekolah telah turun untuk latihan pemanas badan, setelah mendapat green-light dari pihak pentadbir. bermula minggu ini, latihan akan dijalankan pada setiap sabtu dan ahad sehingga menjelang ramadhan. selepas aidilfitri dan upsr, kemungkinan latihan bakal bersambung sehingga menjelangnya 25 september. harap semua berjalan lancar. kejohanan ini penting kerana bakal menemukan muka-muka baru yang boleh dipilih untuk mewakili daerah batu pahat ke peringkat negeri.  aku juga mula mencari dan menyerapkan sikit asas permainan kriket pada murid-murid tahap 1 ( tahun 2 dan 3). kemahiran seperti fielding dan bowling dah ditunjukkan sikit-sikit agar tidak terkejut beruk di kemudian hari...sebenarnya aku tiada asas bermain kriket. tidak pernah bermain walau sekali. tetapi sebab minat, aku belajar dan bertanya dari orang-orang lama terutamanya rakan sparing ku cikgu zolkanine tentang kemahiran, taktikal dan sebagainya. jika bahagian undang-undang dan kepengadilan aku banyak belajar dari encik yusri salami (pt kriket johor), dan beberapa orang rakan yang lain. alhamdulillah, sekurang-kurangnnya dengan melibatkan diri dalam aktiviti ini, tekanan kerja aku kurang sikit. seronok beb, walaupun penat..
sebagai umpire MSSD BT PAHAT dan juga jurulatih pasukan ZON AYER HITAM

PERLAWANAN AKHIR MSSD BT PAHAT 2011 ZON AYER HITAM TEWAS KEPADA ZON SEMERAH

PERLAWANAN INI AKAN KU INGAT SAMPAI BILA BILA. PERLAWANAN PALING DRAMATIK DALAM KEJOHANAN MSSD TAHUN INI. SIAPA SANGKA ZON AYER HITAM BERJAYA MENEWASKAN ZON PINTAS PUDING YANG MERUPAKAN KUASA TRADISI DALAM KRIKET MSSD BATU PAHAT

TEMPAT KE-2

SEBAGAI UMPIRE PERTANDINGAN KRIKET MSSJ (PERINGKAT NEGERI). MSSD BATU PAHAT BAWAH 12  MENDAPAT TEMPAT KE-3 DALAM PERTANDINGAN INI. SERAMAI 5 ORANG PEMAIN DARI ZON AYER HITAM MEWAKILI DAERAH BATU PAHAT. 4 ORANG DARIPADANYA MURID SEKOLAH AKU.

2 comments:

  1. Kalau buat latihan kriket ni, cikgu pakai jam apa?

    ReplyDelete
  2. casio atau diver-diver tua aku.hehe

    ReplyDelete