Sunday, June 19, 2011

TITONI

Sudah lama aku ingin menulis artikel tentang jenama kegemaran. namun apakan daya, adakalanya terdapat kekangan yang menghalang untuk melaksanakannya. TITONI, suatu nama yang tidak asing di kalangan penggemar dan pemakai jam tangan, lebih-lebih lagi di benua ASIA.
Jenama ini mula diasakan pada tahun 1919 oleh fritz schluep di GRENCHEN , SWITZERLAND. Dengan bantuan 3 orang pekerja/expertise, mereka memulakan produksi di bawah nama FELCO. Bermula dari situ maka berkembanglah bunga PLUM , (dulu aku menyangkakan itu bunga sakura), di serata dunia terutamanya di Asia...
Antara kejayaan besar yang awal adalah, syarikat ini mendapat tender untuk membekalkan sebanyak 30,000 biji jam kepada tentera US yang terlibat dalam PERANG DUNIA KE-2. Pada tahun 1952, nama FELCO/FELCA telah diubah kepada nama TITONI, yang dikatakan mengambil nama dari sejenis pokok...walaubagaimanapun, nama FELCA masih tetap ada digunakan pada keluaran-keluaran lain.
titoni cosmoking pertama aku
pengasasnya MR.FRITZ, mati pada tahun 1959, dan digantikan oleh anaknya BRUNO. Pasaran semakin berkembang pesat di serata dunia. di Malaysia, jenama ini amat digemari oleh golongan veteran khususnya yang berbangsa CINA. Model terkenal dan paling banyak dipakai dari jenama TITONI ini adalah AIRMASTER, dan COSMOKING. TITONI tidaklah sehebat jam tangan pelaburan, namun masih berbangga kerana mengekal penguasaan penuh keluarga SCHLUEP sejak dari tahun 1919. tidak seperti syarikat lain yang kebanyakkannya telah dibeli/diambil alih oleh SWATCH GROUP. Berdasarkan pemerhatianku, selain keturunan ROLEX dan OMEGA, pengumpul atau penggemar jam turut menyimpan beberapa jenis keturunan TITONI yang boleh dikatakan COLLECTIBLE seperti COSMOKING. cosmoking vintage terdapat dalam 2 jenis, iaitu RIM biasa dan 14k RIM. harga untuk kedua jenis ini adalah berbeda, di mana bagi RIM biasa, anda masih boleh mendapatkan dari harga RM300 jika tiada bracelet, dan 350-450 jika complete original bersama bracelet. untuk 14k rim, anda adalah insan yang bertuah jika mendapatkannya pada harga dibawah RM400...model COSMOKING menjadi popular kerana dianggap HOMAGE yang paling dekat dengan ROLEX daydate...
titoni cosmoking rim biasa. milikku

ANTARA MODEL AIRMASTER YANG KU SIMPAN

 PERKEMBANGAN SIMPANAN KU DARI TAHUN LEPAS
koleksi mutakhir


model hi-beat, titoni cosmo 88

titoni airmaster gold plated...
ANTARA IKLAN-IKLAN TITONI DI PASARAN ASIA. TITONI MEMPUNYAI PASARAN YANG BESAR TERUTAMANYA DI SEBELAH ASIA, BERBANDING DENGAN EROPAH ATAU AMERIKA





12 comments:

  1. ...ingat TITONI, ingat Amar VJ.. :)

    ReplyDelete
  2. sah-kul; haha...tak sampai tahap tu lagi bro..

    ReplyDelete
  3. abg zuhaimi; x sampai pakar lg bang..hehe...

    ReplyDelete
  4. Cosmoking baru jauh lebih mahal dari Airmaster.. Harga lebih RM3k kalau baru. Airmaster murah skit. Kalau rim 14k biasanya org jual lebih RM500 sampai RM1k.... Kalau dpt bawah tu mmg untung la.

    ReplyDelete
  5. betoi tu wahai saudara asmar...14k memang ada harga yang baik...tinggi

    ReplyDelete
  6. TITONI... penaja rasmi Astro Masters Golf competition woooo... jangan memain. Ingat Rolex je keh boleh taja golf tournament... he he, sejak dua tiga bulan nih aku punya budget pergi kat golf... jam kureng sikit!

    ReplyDelete
  7. HAHA...patut senyap je....dah sebut CALLLAWAY je ni...hehe

    ReplyDelete
  8. Titoni ni biasa pakai enjin apa?

    ReplyDelete
  9. pecinta masa: titoni enjin ETA je...for the in-house movement enthusiasist, titoni bukanlah brand yang patut jadi pilihan

    ReplyDelete
  10. aufff...begitu byk titoni, kelabu mato

    ReplyDelete
  11. ouf..hanya yang biasa saja

    ReplyDelete