Thursday, June 16, 2011

KENANGAN SILAM

rayban caravan, seiko manual, converse,wrangler jeans, and wrangler shirt, helmet arai..

bersama family sahabatnya di perlis

sebahagian kecil geng ayah aku...magnum3,shoei s3, arai classic macam helmet MS88 je dulu. sekarang ada duit cuba tanya berapa harga?hehe...
Hari ni tak bercerita pasal jam. cuma cerita sedikit tentang ayah aku. ayah aku sekarang dah berumur 55 tahun. pada zaman mudanya pernah dia memakai sebuah motosikal yang kini sudah dikira lagenda dan menjadi kegilaan anak-anak muda dan orang-tua yang waktu mudanya tak sempat merasa. YAMAHA RD. kalau SUZUKI , top dengan SUZUKI RGF DAN X7. Yamaha RD ni terdiri dari kapasiti enjin serendah 125cc dan sehingga 500cc kalau tak silap (orang lama tolong betulkan kalau aku tersalah fakta). wah, dulu, menurut ayah aku moto macam ni jarang-jarang ada di kampung dan bandar biasa. Ayah aku sendiri beli di Kuala Lumpur pada tahun 1981 ( waktu tu dia kerja sana). jadi, bila pulang ke kampung, moto ni memang jadi perhatian...hehe...dari Hire purchase motor yang ayah aku masih simpan, moto ini adalah YAMAHA RD 250 LC. waktu tu, yang pakai moto sebegini, adalah budak kerja bank, dan majoriti kakitangan swasta.... ayah aku pakai motor ni sehingga tahun 1989..sebelum menjualkannya kepada seorang buyer berbangsa Cina.. kemudian tak tahu ape cerita moto ni..aku harap sesape yang pernah terjumpa LC tong berplat nombor WAE 9371, tolong info kepada aku...

8 comments: