Tuesday, April 19, 2011

pelaburan

artikel pada hari ini bakal menghuraikan antara pengalaman aku sebagai new-comer di dalam dunia horologi. dalam artikel sebelum ini, pernah aku mengkategorikan insan/ kolektor yang terlibat di dalam dunia horologi. Pada malam ini, ingin aku bercerita sedikit tentang jenis jam yang dikatakan ' pelaburan yang baik'. Dalam kita mengumpul jam tangan, bukan semua jenis jam tangan mempunyai nilai yang dikatakan " pelaburan". Pada am-nya kolektor dan pihak yang terlibat telah mengkelas dan menkategorikan jam-jam dari beberapa jenama adalah di dalam kategori yang boleh dijadikan pelaburan.
ini adalah jenama pujaan pajak gadai

jenama pujaan mat-mat jam  




iklan di atas adalah salah satu contoh jenama jam tangan yang dianggap boleh dijadikan " pelaburan ". seluruh dunia mengagungkan jenama-jenama seperti rolex/tudor, omega / ohmegoh, longines, PP, AP, dan yang sewaktu dengannya. pada amnya, jam-jam tangan dari jenama-jenama tersebut , harganya amatlah "murah" terutamanya pada waktu kini. sebagai contoh, model-model omega vintage yang entry level, kebanyakannya dijual bermula dari harga RM 700 dan ke atas-( bergantung kepada jenis calibre, iconic, dan rupa luaran).. RM 500 pun ada, tapi itu adalah antara insan-insan yang bertuah sahaja yang pernah membeli dengan harga sedemikian. kalau jenama ROLEX, usah dikenang dengan harga 7-800. itu harga tahun 1980an untuk 6694.sekarang, wajib ada sekurang-kurangnya 2.7k keatas jika anda ingin memulakan pelaburan jam tangan jenama ROLEX..
persoalan yang timbul di benakku. apakah setiap pembelian yang dikatakan "pelaburan" itu berbaloi? apakah tinggi margin keuntungan yang dapat? apakah harganya sentiasa stabil dan meningkat sepanjang 50 tahun ni? apakah demand/permintaan terhadap setiap model dalam jenama mewah ini semuanya " pelaburan". bagi yang mempunyai wang yang lebih atau hartawan, mungkin tidak ambil pusing sangat dengan turun naik harga dan sebagainya. tetapi, bagi golongan kelas pertengahan dan bawahan seperti aku, pembelian ini menjadi suatu perkara yang perlu difikirkan sedalam-dalamnya. jika kita membeli untuk kepuasan diri sendiri serta tidak mengharapkan untuk mendapat faedah pada suatu hari nanti, persoalan-persoalan sebegini tidak akan timbul. tetapi pada yang berharap bahawa pertaburan wang ke atas model-model begini dengan niat untuk mengaut keuntungan pada masa depan, perlulah berfikir sedalam-dalamnya. jika anda perhatikan senario yang sebenar, jam-jam dari jenama ini dari model yang vintage, memang berlambak di pasaran malaysia dan antarabangsa. harga pun baik buat penjual. tetapi, adakah semuanya laris? adakah semuanya letak atas meja terus orang beli?hehe....ada yang bertahun-tahun terletak dalam display, dalam blog, dalam ebay.
jam tangan cecah ribuan ni sebenarnya agak susah nak dijual dari pendapat aku yang jahil. kenapa?
1. harga tinggi, - kemampuan kolektor terbatas, am-nya yang baru berjinak-jinak macam aku
2.bila harga ribu atau cecah ribuan, kolektor tak berharap sangat nak beli membabi buta. makin mahal, makin cerewet kolektor. biasanya kalau di blog, jika blogger itu sudah ada reputasi cemerlang, mungkin tidak ada masalah.walaubagaimanapun, kebanyakkan kolektor/pembeli, lebih senang melihat sendiri keadaan jam itu. tetapi, jika orang perseorangan yang tiba-tiba terdesak mahu melepaskan jam dari jenama "pelaburan ", dan kenalan tak ramai dalam bidang horologi, ingat senang ke nak jual?
3. penyelenggaraan- jam-jam " pelaburan" memang kerap berada dalam kualiti yang baik dan tahan lasak. tapi sekali rosak , standby duit masing-masing. terutamanya yang vintage. ibarat menyelenggara kereta-kereta mewah vintage. buat yang berduit tidak jadi masalah, tetapi yang beginner?duit pun sedang-sedang? aduh......
4.model tertentu seperti rolex sub, omega speedy, setakat ni, memang menjadi rebutan. tetapi bukan semua model jenama pelaburan ni adalah baik untuk pelaburan. jadi kolektor pun terpaksa berfikir dan akhirnya batalkan sahaja niat...
penutup- pada hemat aku yang jahil, semua jam tangan boleh jadi pelaburan asal kita beli original belaka dengan harga yang ;lebih rendah atau serendah-rendahnya dari harga pasaran/harga " terpijak", sedangkan harga pasaran adalah tinggi. dan, sekali lagi fikirlah sebaiknya sebelum berjinak-jinak. buatlah kajian pasaran dan kemampuan diri . jangan terikut-ikut atau terpedaya. sebab bukan sikit duit untuk kita gunakan membiayai pembelian jam jenama "pelaburan ' ini.jika beli untuk kepuasan diri sendiri, boleh diabaikan sahaja artikel jahil aku ni. tapi jika berniat " pelaburan" fikir sebaik-baiknya.artikel ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan kolektor baru, tetapi untuk mengingatkan....

28 comments:

  1. Betul... kena sentiasa ingat pelaburan jam2 spt ini memerlukan pengorbanan poket sbb sbg contoh utk servis 6694 aje kurang2 RM250 tu pun kat kekawan yg kenal, kena kat pusat servis seperti swiss center kena siap RM400 kalau kat Rolex Center, buka aje dah kena RM100 belum masuk servis. Aku ada cara aku sendiri utk kumpul dan melabur...

    ReplyDelete
  2. Pd pendapat aku kalau nk melabur baik ASB atau property. Main jam ni hobi utk hilangkan stress (tp kadang2 bole tambah stress bila da mula sasau) betul tak? hehe

    ReplyDelete
  3. betul tu TS.. untuk orang yang ada kenalan dan sumber, memang tak jd masalah sangat...kalau yang baru-baru kena cari alternatif dan kenalan baik..

    ReplyDelete
  4. sah-kul= aku pun sama..hobi ni bagi aku, mengisi kelapangan dan mengurangkan tekanan.. aku melabur ASB dgn tabung haji lagi baik...

    ReplyDelete
  5. nice one..
    cadangan aku, kalu nk melabur belilah dinar emas buat simpanan (kalu mampu la..hoho)

    ReplyDelete
  6. jeghi; nasihat imran hossein itu menguntungkan pada masa akan datang...

    ReplyDelete
  7. Aku suka artikel ko ni bro. Aku bukanlah sorang yang main jam untuk pelaburan. Asalkan jam tu aku suka, aku akan beli. Orang lain tak suka itu dia punya pasal. Yang penting aku puas.

    Tak dinafikan Rolex mmg salah satu jenama yang paling dipercayai & harga pun meruntun jiwa. Dengan peningkatan harga setiap tahun, mmg tak rugi beli Rolex...

    ... tp tu la... bukan semua Rolex aku minat. Nak beli Rolex hanya atas sebab untuk melabur... aku rasa bukanlah aku punya priority. Sbb aku tak minat nak pakai jam yang aku tak minat nak pakai. Adalah lebih baik aku beli jam yg aku minat nak pakai walaupun jam murah. Asalkan hepi... itu paling bermakna pada aku.

    Untuk yang mencari sumber pelaburan disamping melayan minat jam, Rolex adalah jawapannya! Apa salahnya kan... layan jam sambil selam minum air... 2 in 1. Haha...

    ReplyDelete
  8. hehe..betui bro...tapi semua bilang asal model dari jenama ni, collectible dan boleh buat duit. tetapi, ye ke? hehe...
    tapi dalam artikel ni aku selitkan, jika kita pakai jam untuk sekadar kepuasan diri, perkara-perkara yang aku kemukakan boleh diabaikan...
    haha...jam-jam aku pun sendiri bukan kategori pelaburan. beli sebab suka, mampu dan puas hati sendiri pakai....

    ReplyDelete
  9. Aku lebih suka pakai jam yg aku suka... Pelaburan tu satu bonus la... Tp aku tak sanggup lagi nak keluarkan duit banyak untuk jam sebagai pelaburan... Huhu.. Tp kalau jam tu aku minat.... aku cuba gagahkan juga... haha

    ReplyDelete
  10. haha..aku entahla...rasa kalau pelaburan, baik aku menyimpan dalam skim ja..stabil...yang jam ni bonus ja mcm kata bro. untung sabut timbul.

    ReplyDelete
  11. bg aku main jam ni sekadar hobi. tp aku suka divers dn chrono, rasa lbh macho.dr. jam juga kita byk dpt rakan di fb, blog dll. setiap hari aku luangkan masa sikit utk hobi ini. aku hepi, senyum dn hati pun senang. main badminton pun hobi aku, seminggu 3 kali...pndk kata hobi2 aku bukan ke arah pelaburan tetapi kepuasan yg tidak bole dijualbeli huhu...

    ReplyDelete
  12. Setuju!!! Kita di laluan yg sama....

    Lain org lain tujuannya. Yg penting semangat kekitaan antara kita.

    ReplyDelete
  13. simpan bank, keuntungan paling tinggi 8% setahun.
    cth rm2000 x 8% = rm160 setahun
    simpan rolex,keuntungan dalam masa 2 bulan boleh dpt 8%..
    cth rm2000 x 8% = rm160 dalam hanya 2 bulan.
    Terbukti, jenama ROLEX terus meningkat dari masa ke masa..
    Jadilah pelabur yg bijak!

    ReplyDelete
  14. abg zul dan asmar; betul...aku setuju.

    ReplyDelete
  15. jam otai; memang betul. tapi bukan semua model rolex demand tinggi. dan bukan semua dapat dijual dengan mudah. harga memang naik, tapi range pembeli makin sedikit, makin kecik, makin cerewet.bukan macam kita jual jam biasa atau low end, yang saya rasa lebih mudah lagi untuk dapat keuntungan atau adakala sedikit rugi..melabur dalam skim memang x dapat byk mana untung, tapi rate x lari byk mana dan dah tentu kita dapat duit..

    ReplyDelete
  16. Paling untung kalau dpt jam 'terpijak'... maksudnya dpt jam dgn harga yg murah & jual tinggi. Margin keuntungan byk berbanding org yg dok dpt jam2 harga tinggi.

    Susah la nak dpt Rolex bawah 3k yg betul2 ok. Bila jam tu ada slek kat mana2 lg la susah nak jual. Skop pembeli pun terhad melainkan org yg betul2 gila Rolex la.

    Tp beli Rolex tak rugi. Mmg ada betulnya sebagai pelaburan tp tak semua model la. Tp rata2 WIS tak peduli sgt hal2 jam sebagai pelaburan tp lebih kepada kepuasan diri.

    ReplyDelete
  17. asmar; aku rasa yg terpijak tu memang pelaburan berbaloi.hehe.....memang susah mau dpt rolex bawah 3k..ada yg dijual bawah 3k, tp biasanya x lengkap bracelet.... tudor pulak slek, ada yang x pakai movement in -house..pakai ETA, rasa rugi beli jam beribu yg movement sekadar ETA je.hehe...
    kepuasan diri yg penting. ada yang menyimpan sedikit jam tetapi jam nya kategori"pelaburan". ada yang menyimpan banyak, tapi jam nya " kategori biasa'-contoh macam aku sendiri....ikutlah kemampuan masing masing. jgn ikut selera sangat, kerana selera mendorong kita minat kerna nafsu-haha...aku sendiri kdg-kdg jd cmni...

    ReplyDelete
  18. Betul. Bisanya bracelet dia bukan ori. Tak syok la... Nak cari bracelet ori, satu hal lg la.. Bukan murah. Bila jumpa plak takot tak ori walau seller ckp ori.. Hadoi.. Haru.... huhu

    ReplyDelete
  19. Aku tak pernah beli jam dengan niat untuk buat pelaburan. Banyak cara lain yang lebih afdol kalau nak melabur. Apa yang aku buat ni adalah semata-mata kerana kecintaan terhadap horologi.

    Kalau ada yang nak melabur dengan jam, kena ingat bahawa bukan semua model dalam sesuatu jenama tu mempunyai nilai pelaburan. Hanya model tertentu sahaja yang mempunyai nilai residual yang tinggi. Tetapi of course jenama itu sendiri pun memainkan peranan.

    ReplyDelete
  20. Bagi saya jam yang kita sayang kita simpan, kalau dah tak sayang kita carikan tuan baru. Kalau dapat sedikit keuntungan itu sudah cukup baik dan itulah rezeki.

    Ada orang itulah sumber pendapatannya, kita kena hormat, ada orang kerana minat. Hari ini buat pertama kali saya bercerita minat mengumpul jam ini pada rakan baik. Berdekah-dekah dia gelak.....sebab selama ini dia berteka -teki apa yang saya cari di Pasar Locken setiap pagi ahad.

    ReplyDelete
  21. Org tak minat jam takkan paham kita.... ekeke.. hanya kita je paham. Muahaha...

    ReplyDelete
  22. kepada semua rakan; sedarkah kita semakin popular dan berjenama jam itu semakin banyak lah yang palsu dan terpalsu tanpa sedar...jam dari jenama " pelaburan " ni harus selidik habis bila mau beli...aku yang duit sedang-sedang ni rasenye malas nak pikir sampai stress tentang jenama-jenama ni.kalau dapat , rezeki, kalau x dapat pun x kisah dah..haha...bagi aku cukupla dengan level biasa. kalau rugi/ kena kencing pun x terasa sangat...model-model iconic pulak mana ada yang murah bagi rata-rata rakyat sini. jadi, aku lebih anggap jam tangan sebagai hobi....pelaburan aku di tempat lain yang aku rasa stabil dan berterusan walaupun untung sedikit...
    satu lagi, hobi kita ni ibarat jauhari mengenal manikam....se-iconic mana pun jam itu, hanya penggemar horologi yg tahu menilai, sedangkan golongan ini tidaklah ramai.luar dari itu, semuanya dianggap biasa sahaja..

    ReplyDelete
  23. satu lagi, sape yang ade titoni mau letgo desperate price roger aku.hehe

    ReplyDelete
  24. abg zul; betul, yg sayang kita simpan...yang hilang sayang boleh carik tuan baru yang lebih sesuai...

    ReplyDelete
  25. Don't stress bro, it's just a watch, thankfully you own it & leave the investment game for the next generation... betul kata asmar, investment itu satu bonus... seller kata beli utk investment, that's the selling line.
    without this line susah mau jual... pembeli pun rasa baloi.. semua happy.

    ReplyDelete
  26. adrian; agree. memang no stress. below 50 club still the main princip.and boysize.haha

    ReplyDelete
  27. Sokong artikel ni, tapi bukan semua jam boleh dijadikan sebagai pelaburan.. kena buat betul2 kajian tentang jam dan minat orang terhadap jam2 tertentu..

    ReplyDelete
  28. Klu tokeh kedai jam sesuai la kot jadikan jam sbg plaburan.

    ReplyDelete