Friday, April 1, 2011

jam-jam aras sederhana mewah, mewah dan sangat mewah




hari ini berbicara kita tentang sedikit perkara yang berkaitan dengan tajuk di atas. tetapi lebih menjurus kepada sikap dan jiwa si pemakai. jam-jam tangan sederhana mewah, mewah dan sangat mewah , jika di malaysia lebih terarah kepada jenama seperti ROLEX, OMEGA, AP, PANERAI, TAG HEUER , PATEKdan sebagainya. jam-jam dari jenama ini boleh kita dapatkan dari butik-butik jam, ( jika mahu yang baru) atau broker-broker jam tangan ( jika mahu yang preowned atau vintage). jadi, pada hari ini ingin aku ceritakan sedikit keadaan pemilik jam-jam tangan yang berada di dalam kategori ini, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman setahun jagung.
1. dia sangat kaya, tetapi tidak tahu pasal jam. mahu cari jam mewah melambangkan statusnya. jadi pergi butik dan suruh seller pilih yang terbaik. duit bukan masalah, jadi of course seller rekomen jenama-jenama di atas. tengok yang mana lawa, dan sambar.kalau kena kencing pun kebarangkalian kesedaran agak kurang. iya la, kalau kena tipu apa ada hal, duit berkepuk
2. dia seorang pengumpul, dan juga  kaya. sudah ada ilmu tentang isi perut jam mewah ini. pembelian berhati hati dan seller pening kepala sebab banyak sangat soal selidik. puas hati, baru sapu. pembelian bukan sebab lawa semata-mata tapi kepuasan diri.golongan ini adakala boleh didekati ajak berbual berkongsi pengalaman, adakala pulak ibarat Tuan dan Abdi nya, -faham sendiri la
3. dia seorang peminat dan berduit. ( maaf, perkataan kaya dan berduit memang tidak dapat dipisahkan dalam dunia jam mewah ni, hehe). peminat, mungkin tidak ada koleksi, tapi mahu memilih satu yang terbaik buatnya, akan tetapi, salah tafsir. kualiti yang dia mahukan adakala boleh didapati pada jam yang lebih murah harganya ( jam sederhana atau low end). akan tetapi, disebabkan dasarnya, " asal mahal, adalah bagus" maka terbelilah empunya badan ni jam kategori ini. seller tersenyum puas .
4. dia kaya dan tidak tahu apa. dan suka bongkak.haha...ini x bagus. beli kerana mahu menunjukkan status semata-mata. aku lah orang paling kaya di bumi tanah melayu. atas tangan jam 100k tergantung. hoi, korang punya harga rumah tu sama dengan  jam tangan aku. ini banyak aku jumpa
5. dia peminat yang berduit dan kaya juga, tetapi......... biasa mahu koleksi mewah sahaja. koleksi atas tu ada belaka. campur pun mahu geng setaraf sahaja. pengumpul jam low end, medium dan sebagainya tu dipandang ibarat  pengutip tin kosong buruk.ayat biasa golongan ni 1. "eh, jam camni pun awak nak simpan? " 2. " orang mana main jam-jam camni" 3. "aduh, jam buruk hapa la dorang pos dekat forum ni..?" 4. jam aku tu mahal, jangan pegang sangat, karang bercalar. - aduh yang jenis ni payah la, tapi wujudnya masih ramai. keegoan adalah sangat tinggi.inilah jenis golongan yang meningkatkan lagi jurang di antara peminat/pengumpul jam tangan.
6. dia peminat berpendapatan sederhana. mengumpul duit terlebih dahulu, dan adakalanya juga berhutang. kemudian baru sapu. pembelian juga berhemah. biasanya preowned dan vintage jadi pilihan-andaikata si peminat ni telah mempunyai asas pengetahuan dalam jenama jam mewah ini. sangat menghargai pembeliannya itu. golongan begini ada yang humble dan boleh didekati dan ada juga yang lupa daratan.

 jadi, kesimpulannya, semahal mana pun pengikat tangan kita tu, sekiranya kita ni peminat sejati horologi, belajarlah menghargai kesenian jam tangan itu tidak kira murah atau mahal ke langit. berkawan atau bersahabatlah dengan semua range sahabat peminat dunia horologi, tidak kira yang menyimpan jam murah atau mahal, kerana berkawan itu lebih baik dari mencari musuh. hormatilah hak dan perasaan setiap peminat. bukan semuanya dilahirkan dengan tidur di buaian emas, berbantalkan berlian serta berselimutkan permata. maaf andai kata artikel di senjakala ini menyinggung perasaan. ini adalah sekadar coretan berdasarkan pengalaman budak mentah dari aku.

eh

6 comments:

  1. Kata Ustaz Dzul..... hanyo seni mengenal seni... ada kebenarannya...

    ReplyDelete
  2. betul bro. yang betul betul menjiwai sahaja yang memahami

    ReplyDelete
  3. amar : you have taken a step further giving us your positive & negative view. great research done, thats the balance of the community, accept or decline that's the business in any industry.

    ReplyDelete
  4. adrian; tq bro for non-stop support. just view some experience. hope can benefit to all of us.i am the fresh fella, still need more experience and advisor from the senior in this industry

    ReplyDelete
  5. mana ada support, just non stop simple chat & makan only...

    ReplyDelete
  6. haha..simple chat and makan makan terbaik.next time, insyaallah

    ReplyDelete