Monday, April 11, 2011

hobi adalah penenang dan pengubat kekusutan masalah

setiap hari kita akan melalui pelbagai perkara yang sama ada menjadi rintangan atau dipermudahkan. rintangan itulah yang adakalanya membuahkan atau menciptakan masalah kepada kita. biasalah tu, nama pun manusia, mesti ada masalah masing-masing. macam aku, kerja aku memang hari-hari bermasalah. orang atas bermasalah, rakan sekerja bermasalah, pegang lagi kelas bermasalah, pendek kata selagi belum tutup mata, masalah , masalah.Aku cerita sikit tentang kelas yang aku pegang. kelas terakhir dalam darjah. ada 5 kelas, aku pegang kelas yang kelima. tahniah buat diriku, kerana diuji dugaan yang hebat sejak dari awal tahun sampai la ke 11/04/2011. selain dari tu, aku juga mengajar murid tahun 2, kelas akhir juga, dimana situasinya, hanya 8 orang dari 22 orang yang tahu membaca. bahasa inggeris usah dikenang. aku mengajar matematik, salah satu matapelajaran yang aku benci semasa di maktab ( time sekolah, maths favourite subject). jadi, memang mencabar minda, kepala hotak, kepala lutut , kesabaran, dan sewaktu dengannya..aku bukan hendak mengeluh dengan semua ni, kerana, dah nama pun cikgu, memang tugas mengajar orang.. dan aku lakukan sedaya upaya aku. masuk je kelas, suara aku boleh dengar sampai blok sebelah.. apakan daya kalau aku lemah lembut seperti yang dilaung-laungkan sangat oleh banyak pihak tu, murid-murid jadi "mua" dan leka dalam alam khayalan masing-masing. aku kesian dan sedih, sebab budak budak tercicir ni kebanyakkannya anak bangsa aku sendiri...kebanyakkan datang dari keluarga yang susah, dan sangat susah..jadi adakalanya, aku tengok semangat belajar pun masih kurang ( mungkin sebab belum matang). yang menjadi tekanan pada aku kini, aku terpaksa berusaha tahap robocop untuk memastikan anak-anak murid aku ni boleh memahami kemahiran asas matematik. target telah ditetapkan oleh kerajaan dalam NKRA. sapa yang cikgu sekolah rendah tu, tau la apa dia NKRA dan LINUS.program ni, bukan under jbatan pendidikan negeri dah, tapi secara langsung dari kementerian. so, pemantauan memang kerap, kejap orang PPD datang, kejap orang JPN bising, dan sebagainya. aku runsing, pengalaman tak banyak nak tackle budak budak special ni. pihak tertentu pulak mengharapkan yang terbaik. aku adakalanya sampai termenung tak tahu macam mana nak hadap lagi. korang ingat semua manusia dilahirkan boleh pandai ke? ada yang sampai sekolah menengah pun belum tentu tau baca. benda ni masih jadi. lepas tu pihak luar salahkan cikgu tak buat kerja.weh, cikgu dekat sekolah, bukan nak mengadap anak dia sorang. 30, 40, 50 kepala nak hadap. setiap satu ada masalah dan keistimewaan.mak bapak tu kalau ada masa, tolongla tengokkan anak-anak awak. jangan tau buat anak je. aku biasa tanya secara rawak siapa yang mak dengan ayah tengokkan buku atau ada tunjuk ajar sedikit pada anak. sikit je beb. berapa kerat je yang angkat tangan. pasal anak tak tau baca tak ambik port. tapi bila anak kena lempang, cepat je datang sekolah.
itu baru cerita pasal murid. kalau nak cerita mahu berjela jadinya. sekarang, rakan sekerja. ok, tikam belakang, tukang sampai cerita, dan barua memang ada dalam suasana kerja. jadi faham-faham la kalau anda bekerja di situasi sedemikian. depan wangi, belakang tahi. buat kerja baik orang kata, buat tak baik lagi dikata.senang cakap, aku berkomunikasi dengan berhati-hati pada setiap orang. bahaya. entahla, kadang-kadang aku buat setakat yang mampu. aku tak kisah dengan beban kerja yang banyak, cuma suasana kerja aku sekarang memang tidak menyoronokkan.adakala menjadi paranoid, dan adakala, "ah, pergi mampus lah mereka".buatlah yang mana mampu, yang tak mampu buatlah beransur. satu lagi nasihat, jangan mulakan bawak kerja ke rumah., habis waktu kerja habis lah kerja. kalau tak siap, sambung je esok. kalau esok x siap, sambunglah lusa.jadi, bila balik rumah, dah siap tugasan di rumah, aku pun mengadaplah jam aku...membaca , mendengar lagu-lagu klasik dan  banyak lagi la. inilah aktiviti atau hobi yang membantu kita menghilangkan stress seketika setelah penat bekerja...carilah satu hobi yang baik buat diri sendiri.

18 comments:

  1. wohooo...tekey molek jd lilin..hoho

    ReplyDelete
  2. haha..nk wak gano mugo dah gini...layan jah

    ReplyDelete
  3. Amar, inilah kerjaya cikgu. Saya pun minggu ni banyak berhadapan dengan murid bermasalah. Saya pun biasa ambil kelas hujung. kelas baik beri le pada kawan-kawan lain. Jadi bila masuk kelas pening kepala pak cik. Itu anak orang, anak sendiri tak tau macam mana kat sekolah. Tapi bila tengok jam, hilang le tension tu. Bila le loceng nak bunyi......

    ReplyDelete
  4. Cikgu lelaki kena tabah dan kuatkan semangat bro. Kat rumah layan jam dan hobi seumpamanya...kat luar, jom kayuh :)

    ReplyDelete
  5. abg zul; yup, betul. yg jadi masalah beso skrg bukan la budak-budak tu...tapi rakan sekerja...buatkan kita rasa tak selamat di tempat kerja...

    ReplyDelete
  6. sah-kul; tq bro...memang tabah dah ni.hehe

    ReplyDelete
  7. Amar,ditempat kerja kita kena belajar persekitarannya dulu...selepas 2-3 tahun barulah kita tahu macam mana nak bawa diri...kita kena kenal latar belakang, minat, cara kerja dan ciri-ciri setiap rakan kita...dengan itu barulah kita tahu bagaimana nak berinteraksi/menyesuaikan diri dengan rakan sejawat...nampak hipokrit..tapi bagi saya ini jalan selamat.

    ReplyDelete
  8. abg zul; sekarang ni dah dapat sesuaikan diri. dan itu sebab teman beringat bila bercakap...sebab taun pertama dah terkena dgn geng tukang bwk cerita ni.haha...apa pun saya setuju dgn pendapat abg...

    ReplyDelete
  9. Sabar kwn2 sekalian.... mmg betul guru itu ibarat lilin.... famili aku pun cikgu2 belaka... aku sangat memahami kalian.... huhu...

    ReplyDelete
  10. me form 3 ..class 2nd last, semua GQ inoccent attitude semua hantu. yang study cuma 10org saja. cikgu ajar .. lain semua bergitar, MIA, main bola sepak in class etc.. SRP semua pass cuma 5-10 org grad C.. coz kita ada meetup buat group study.. after class kat rumah kawan..hehehehe

    ReplyDelete
  11. asmar; aku tumpang simpati pada peristiwa yg pernah menimpa dekat adik bro dulu...itulah antara kesan yang x dijangka

    ReplyDelete
  12. adrian; gud wan. at least ada kesedaran...but some child ,since at primary, then secondary, still didnt got petunjuk...parent dont care too much, so child =( long term invesment) become wasteful and useless...

    ReplyDelete
  13. wui...sakit mata aku baca takde perenggan...nanti aku sambung baca balik...hehehe...

    ReplyDelete
  14. ijan; haha...tunggang langgang sikit petikan aku ni

    ReplyDelete
  15. Haha... dari tulisan pun boleh tau tgh tension... mmg tension pun sebenarnya.. Bukan mudah nak didik manusia. Huhu

    ReplyDelete
  16. asmar;haha...serabut kepala...33 tahun lagi mengadap.haha

    ReplyDelete
  17. sabo2.... ada habuan tu... hehe

    ReplyDelete
  18. hehe..keberkatan yang dicari..insyaallah..untuk anak anak

    ReplyDelete