Thursday, April 28, 2011

boy size/mid size

ah, sudah lama blog ini tidak di-update. banyak kekangan yang menjadi punca. jadi, malam ni ada sedikit idea dan masa, ku ingin berkongsi pengalaman berkaitan dengan tajuk di atas. boy size/mid size bukanlah berkaitan dengan saiz kebesaran pakaian. tetapi saiz/diameter seutas jam tangan. ukur lilit antara 30mm-33mm. pada waktu kini jam bersaiz begini di-definisikan sebagai jam tangan wanita.walaubagaimanapun,pada era 30,40,50 dan 60an, saiz sebegini adalah semacam satu kelaziman bagi syarikat pengeluaran jam menghasilkannya. kebanyakkan jam-jam tangan dari swiss pada era itu, banyak sekali mengeluarkan jam-jam tangan dari kategori boy size/mid size.
aku sendiri pada mulanya tidak berminat dengan jam bersaiz comel ni. tetapi setelah berulang kali menonton filem-filem klasik, membaca majalah dan blog blog , maka secara perlahan-lahan minat mula menyubur.buat diriku, jam bersaiz begini lebih berseni dan halus pembuatannya. kenapa? cuba anda bayangkan dengan teknologi dahulu yang tidak moden seperti kini, bagaimana mereka menghasilkan komponen-komponen di dalam movement jam yang bersaiz kecil. mantap. kompak. macam produa kelisa atau mini club man.pakcik-pakcik , datuk-datuk memang suka jam bersaiz kecil. kalau pakai casio edifice dulu, aku teringat bapa sedara aku yang memberi komen " udah rope jam dindin je jam kamu ni".haha...golongan lama ni suka jam tangan yang ringan, bersaiz sederhana, dan nipis. tidak menghairankan situasi ni, sebab era mereka dulu jam jam tangan memang banyak yang berada di dalam desain sebegitu. jam-jam bersaiz besar(men size dari 35mm dan lebih) ni banyak dikeluarkan pada era pertengahan 60an di zaman the beatles dan the yardbirds tengah berleluasa.kemudian masuk era grand funk railroad/ deep purple / fleetwood mac (70an-lagi banyak jam bersaiz besar dan penuh warna-warni). semakin lama semakin tenggelam jam bersaiz kecil (boy size/mid size)..
jam boy/mid size pertama yang aku beli adalah favre leuba seaking. beli 2, satu gold plated, satu lagi stainless steel.( dah dijual kepada mr jeghi). kemudian aku beli pulak bulova yang tropic dial. berpatina/ season.

setakat ini, baru dapat dua. nantilah, mahu cari yang ada subsecond. dalam perancangan. aku suka menggayakan jam-jam boysize ni terutamanya ketika memakai kemeja lengan panjang. sedang molek tersembunyi di bawah pergelangan kemeja tu. lagi satu jam saiz begini ringan. sedap pakai. oh, ada lagi. dua biji diver kepunyaan aku juga adalah dari keluarga mid size.hehe..nanti ada kamera baru masuk gambar. selamat membaca.

13 comments:

  1. kaki jam mmg perlukan variasi.ada aku tgk kwn aku macho pakai sz jam pompuan; aku senyum dan suka tengok. satu lagi otai dgn bracelet dia longgar habis, smpi jam pun nak terlorot ke jari kelengkeng, aku senyum dan suka tengok jugak...dah cuba,aku?hehe...

    ReplyDelete
  2. betul bang...hehe..mungkin abg belum smpi fever lagi...

    ReplyDelete
  3. boy size no date.... my fav.

    ReplyDelete
  4. owhhh..namo kolektor sohor (mr. jeghi ) pung ado..sapo tuh?hahaha

    ReplyDelete
  5. Aku pn sama gak...bila da slalu layan GS skali skala pakai seiko spirit la pulak...sengaja set day pakai kanji...walaupun x faham tapi aku suka...apasal suma gambar org2 pakai spek?...

    ReplyDelete
  6. sempena hari guru yg x lama lagi...buatlah post pasal guru dan jam atau jam dan guru atau guru gila jam akeke...

    ReplyDelete
  7. sah-kul; haha..ada GS siot brader ni....aku pernah ada day dalam mandarin, jam citizen.
    gambar spek- itu semua ahli persatuan rayban vintage dgn oakley rare.hehe

    ReplyDelete
  8. jangan salah maksud bro GS=G Shock kuang3x

    ReplyDelete
  9. Bila koleksi kita pelbagai, tak cepat jemu. Hehe

    ReplyDelete
  10. asmar; betul. berkonsep boleh. tp pelbagai sikit konsep.hehe

    ReplyDelete
  11. sah kul; g-shock masuk tali military ,lawa bro

    ReplyDelete