Wednesday, March 23, 2011

bertukar-tukar seluar

BERTUKAR-TUKAR SELUAR.hehe...
         Baiklah, aku bukan nak cerita tentang seluar jeans mahupun slack,khakis,codroy dan sebagainya. aku mengistilahkan TALI KULIT/LEATHER BAND ni sebagai seluar. terdapat pelbagai jenis dan jenama tali kulit yang terdapat di pasaran, antaranya BONETTI,PAROS,MORETTI, SAN LENO, dan sebagainya. harga juga pelbagai dari serendah RM30.00 sehingga beratus-ratus. yang RM5 pun ada tetapi kena air dua tiga kali alamt hancur la. aku suka memadankan tali kulit yang berbeza-beza pada setiap jam tangan yang terdapat di dalam koleksi ku. beli, dan tukar sendiri. kadang-kadang selang 3 hari dah tukar pulak. selalunya tukar di antara jam yang sedia ada. pindah memindah.selalunya jam dari jenis dress, amat cocok sekali dipadankan dengan tali kulit. dibawah aku tunjukkan wajah-wajah berbeza jam apabila ditukarkan dengan tali kulit.gambar 1,2 dan 3 adalah citizen newmaster



gambar yang berikut adalah titoni airmaster titoflex(kunci)


titoni airmaster rotomatic




12 comments:

  1. tukar tali memang cara yang mudah utk menambah seri jam. Sayangnya aku da kureng byk pakai jam tali kulit/SS. Aku lebih selesa pakai resin band. Rubber Rocks :)

    ReplyDelete
  2. Macam pakai jam baru rasanya bila tukor tali kulit

    ReplyDelete
  3. sah kul; mungkin disebabkan bro peminat aktiviti outdoor, jadi, rubber/resin band adalah terbaik

    ReplyDelete
  4. suka jam; betul bro..hehe..mengurangkan mabuk nak beli jam baru

    ReplyDelete
  5. Tali yg berlainan memberi impak yg berlainan. Mood pun berubah. Penampilan juga berlainan hendaknya... Hehe... Lama tul aku tak update blog...

    ReplyDelete
  6. sudah mesti, dapat menghentikan seketika ketagihan terhadap jam lain.hehe..aku baru cuci muka ricoh, tp x berapa bersih..

    ReplyDelete
  7. Amar, mana nak dapat tali kulit bagus2 kat area KL ni? Bagus tu maknanya kualiti ok, rega pun okle

    ReplyDelete
  8. kalau area kl, aku tak pulak la bang..pernah survey, tapi mahal..aku biasa amik dgn kedai kwn..

    ReplyDelete
  9. Kat mana kedai kawan ko tu? Mungkin aku boleh singgah ke kalau tersesat

    ReplyDelete
  10. aku dekat johor bang..hehe..sini la syurganya..aksesori jam...

    ReplyDelete
  11. abang bagi satu contoh tali yg berkenan, aku boleh tolg belikan, tapi kena kira kos pos sekali.pos ekspress pun boleh, tapi lambat, dah kena sekali masa hantar tali dekat mat bond-jam kenangan, 2 minggu baru sampai sabah..seeloknya poslaju..

    ReplyDelete
  12. Alah, apa la ko ni, Johor tukan negeri aku. Bila2 aku balik, bolehla singgah. BP kat Parit mana? Sambil2 tu boleh jugak kita pekena briyani gam power sepinggan dua.

    ReplyDelete