Monday, March 21, 2011

aktiviti cuti 3-pasar karat ipoh(loken) dan pasar karat amcorp mall

ahad- balik johor, singgah sebentar ke loken. berjumpa beberapa orang lama, kemudian tersangkut OLMA sebijik.hampir juga tersangkut dengan sebiji PAGOL TV3, tapi tidak mengapalah.lain kali sahaja.

perjalanan diteruskan ke BIDOR, ambik housemate. bincang-bincang punya bincang, sebaik shaaja sampai ke jalan duta,aku roger ustaz dzul, jeghi dan adrian. berita baik, mereka ada di sana, jadi ku memecut pantas meredahi federal highway dan keluar di TAMAN JAYA. sekali lagi bernasib baik, ada parking kosong sebaik saja tiba di AMCRAP MALL( HEHE..AMCRAP=AMCORP).

masuk dalam, pusing , banyak jumpa ikan JAWS, tapi kental aku menahan serangan, tepis je semua,. 15 minit kemudian ustaz dzul dan jeghi, sampai. kami meronda sebentar, sebelum bersidang hampir 3 jam. adrian lewat sampai kerana ada sedikit hal. meja kami pada mulanya ada 4 orang je. kemudian 5, kemudian 6, kemudian 7, kemudian, tengok sendiri gambar tadi.puas hati betul kali ni, ramai veteran turun, tak sempat kenal semua. saudara poji, juga turut keluarkan koleksi-koleksi menangis yang ingin dijual. aku hampir tersangkut pada titoni ray king dan cosmo 88. tetapi kerana sedikit masalah, aku tidak dapat memenuhi 2 kuota terakhir koleksi titoni ku. batu permata dan jam tangan adalah topik utama sepanjang perjumpaan. geng ni turut mengenalkan aku kepada beberapa jenis batu permata, namun masih belum terpanggil mahu memakai.

beredar pada pukul 3, aku kemudian ke SS4, ke rumah adrian, sebelum terus menuju ke JOHOR kembali.


























14 comments:

  1. Pergh! Best tul. Ramai... Ramai gak yg aku tak kenal

    ReplyDelete
  2. wah...bestnya kalau selalu dapat pergi ke tempat2 mcm ni...syg kt JB x ada tmpt mcm ni :(

    ReplyDelete
  3. wow.. best dapat jumpa ramai2 mcm ni.. Kat sini tak ramai yang ada minat jam mcm ni.. dlm 3 orang je ada.. cis!!

    ReplyDelete
  4. asmar; hehe..mula mula 4 orang, lepas tu abih 1/2 meja dlm kedai tu dok bersidang...geng veteran ramai..

    ReplyDelete
  5. sah- jom la jumpa, aku ada dekat bt pahat. x pun kalau aku turun jb, aku roger. sana ramai gak sebenarnye kaki jam

    ReplyDelete
  6. suka jam; mesti ada bro, try carik 4-5 org dah boleh meriah

    ReplyDelete
  7. amar..sungguh bernas cadangan tu...tp skrg ni betul2 tgh kering :( .... seronok kalau dpt borak2 pasal minat yg sama... roger aja aku klu ko ke JB...aku pn sama gak

    ReplyDelete
  8. insyaallah nanti aku tour ke sana..tapi koleksi aku kecik je bro, koleksi bebudak..nak cmpur dgn geng otai ni pun kekdg rasa rendah diri

    ReplyDelete
  9. Laa gitu la plak...at least ko da ada kotak display set jam-jam kau...aku da la jam kokak..kotak pun blum mampu milik kui3x

    ReplyDelete
  10. hehe..ye la tu kokak, sekali tengok jam ganas..bro nak kotak murah, turun batu pahat..

    ReplyDelete
  11. adrian; x sabar mau tunggu next holiday, insyaalah muka aku smpi taman jaya@amcrap

    ReplyDelete