Tuesday, March 15, 2011

aktiviti cuti 2-PASAR BESAR DAN KARAT IPOH DI SUPER KINTA

kitchen clock- wehrle(made in germany)http://www.wehrleclocks.de/home.htm
rhythm-made in japan (table clock)
tak pasti jenama apa, tapi made in jerman juga
big ben-made in scotland ( masih dalam pembikinan)
yang ini super rare. hampir 100 tahun usianya. dikatakan jam ini digunakan oleh pengurus di lombong bijih timah
geng dua lubang , ada dari china dan british
rhythm (made in japan) sebelah kiri, dan sebelah kanan adalah tam tam ( made in germany)
yang belakang tu aku lupa tanya harga, tapi yang pasti, 3 lubang. mahu dijual dalam anggaran RM1600.00 (GAMBAR GAMBAR DI ATAS SEMUANYA DARI KEDAI ENCIK SALIM
          Pagi , selasa, 15/03/2011, sekali lagi muka ku menjengah ke pasar karat di bawah SUPER KINTA.sekadar meninjau-ninjau jualan barang lusuh yang pelbagai. banyak barang 2nd hand dan klasik/antik dijual disini. sempat jugak aku mengambil beberapa gambar (maaf, kamera murah, resolution pulak salah setting). aku juga sempat berbual dengan seorang tauke kedai barang antik, Encik Salim.
       Di dalam kedai terdapat pelbagai barang antik seperti matawang, jam dinding, gelas, poster dan sebagainya. hampir sejam berbual dengan dia.banyak juga sebenarnya koleksi jam dinding kepunyaannya. ada yang disimpan di rumah. dia mempunyai hampir 100 biji jam dinding klasik dari buatan jerman,china, dan sebagainya. istilah 2 lubang dan 3 lubang amatlah sering diungkapkan bila berbual pasal jam dinding lama. aku dengar sambil ternganga, sebab tak pandai sangat tentang jam dinding antik ni. Encik Salim ni juga, pandai repair jam dinding klasik..selain dari jam dinding dan beberapa barang antik lain,dia juga turut menyimpan basikal lama. seorang sahabatnya yang juga peminat basikal lama, pernah menghabiskan hampir RM 10,000, untuk mencantik/membaiki semula sebuah basikal berjenama MG. MG ni famous dengan kereta sportnya yang 2 pintu( tengok cerita madu 3). itu la baru 1st time aku tahu, yg MG ni ada keluarkan basikal..haha...jadi, dibawah ni, beberapa gambar kabur yang sempat aku ambil semasa berada di pasar karat..
lorong gelap
kedai ni menjual dan membeli barang antik juga.kelihatan begitu banyak barang tembaga..aku juga bertemu dengan sebiji rado purple horse

4 comments:

  1. Lama betul aku tak berkunjung kat mana2 pasar karat. Menarik gak tgk gambo2 ni.

    ReplyDelete
  2. Esok Rabu saya akan cuba call pak cik Yazid, kalau dia ok saya nak pergi petang esok. Banyak jam sakit sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. asmar; hehe..mai turun ipoh minggu ni, boleh kita merayap

    ReplyDelete
  4. abg zul; haa, elok gak tu, kalo sempat, bole join sekali

    ReplyDelete