Monday, February 21, 2011

orientasi koleksi

Pelbagai jenis jam yang menjadi pilihan pengumpul untuk dijadikan koleksi. dari jenis militer, dress, diver, digital dan sebagainya.pandangan setiap pengumpul tentang koleksi mereka juga adalah berbeda. ada yang mengumpul untuk dijadikan sebagai pelaburan, kepuasan sendiri , terikut-ikut dengan kawan , memuaskan hati orang lain, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, setiap jam yang disimpan oleh pengumpul punyai cerita tersendiri serta kaitan dengan diri pengumpul.
aku mula menceburi bidang pengumpulan jam pada awal tahun lepas, iaitu sebaik sahaja beberapa bulan aku mula bekerja sebagai penjawat awam. sebelum itu minat terhadap horologi sudah ada , cuma bila bekerja, dan sudah ada pendapatan sendiri, minat ini semakin subur ibarat ladang-ladang sawit di negeri Johor.
ketagihan terhadap hobi ini makin parah apabila sudah berkenalan dengan beberapa blog seperti DUNIA JAM, DETIK DUA BELAS dan sebagainya.hehe..dari blog-blog ini aku belajar serba sedikit tentang hobi ini.
pada permulaannya, aku mengumpul jam secara hentam keromo, di mana ,asal murah, nampak koleksi, akan ku beli untuk dijadikan koleksi. namun setelah beberapa bulan, aku mula memfokuskan koleksi ku kepada beberapa jenis brand sahaja, agar tidak pening kepala di kemudian hari. aku mula fokus kepada SEIKO, citizen, orient, dan juga TITONI, kebanyakan jam aku adalah terdiri daripada jenis DRESS , diver, dan chrono.
MENGANDUNGI DIVER, CHRONO, DRESS

MENGANDUNGI DRESS DARI TITONI DAN CITIZEN

KESELURUHANNYA


11 comments:

  1. memang kena tambah kotak lgi ni..tgk tu dah ada yg x berbilik ni..hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..nanti dulu la,pening kapla aku nanti nak penuhkan kotak baru tu plak

    ReplyDelete
  3. suka sungguh aku menengok koleksi yang tersusun rapi... aku punya jam sepah-sepah!

    ReplyDelete
  4. Tinggal satu kat luar tu kena pakai kat tangan .. dah cukup dah kot? hehe!! Ke memang kena tambah lagi satu kotak..

    ReplyDelete
  5. abg radzi: tq bang. hehe... tgok meja kerja jam abg mcm kemas ja. teratur lg, siap ada storage kecik untuk sparepart lg.

    ReplyDelete
  6. rizal: hehe..tgok dulu la bro. bertambah kotak maka bertambah la jam.jd, jgn tmbh kotak.hehe

    ReplyDelete
  7. Semakin banyak koleksi bro! Tahniah! Nampaknya fokus bro dah berubah... Dah mula melangkah setapak ke tahap seterusnya. Tahniah sekali lg!

    ReplyDelete
  8. asmar; terima kasih atas sokongan dan nasihat bro yg seringkali aku jadikan pedoman

    ReplyDelete
  9. wah ... memuaskan hati orang lain you mean annoymous ? hehehe...
    how that 50 club going ? any new catch ? adr

    ReplyDelete
  10. adrian;haha..only 50 club member know what i mean.
    ada new catch dari abg bond. wait lah, nanti gua preview

    ReplyDelete
  11. oohh..can't wait to get the fever on gaian.

    ReplyDelete