Sunday, February 6, 2011

ICON BOLASEPAK ASIA TENGGARA

Tidak ada kena mengena dengan jam tangan mahupun horologi. sekadar mengimbas kembali kenangan lalu.


SIAPAKAH MEREKA BERTIGA NI??

1. FANDI AHMAD- Berasal dari Singapura, merupakan pemain kebangsaan dari Singapura yang paling berjaya dan sukar di atasi pencapaiannya oleh pemain-pemain Singapura masa kini dan juga seantero pemain bolasepak Asia Tenggara. antara pemain terawal dari Asia tenggara yang bermain di Eropah,-Liga Belanda (erividisie).fc gronigen menyenaraikan beliau antara pemain terbaik yang pernah mewakili kelab tersebut.rekod penampilan bersama Singapura, 100 caps dengan 50 gol. fandi ahmad juga pernah bermain bersama pasukan Pahang di Liga M.

2. MOKHTAR DAHARI- sapa yang tak kenal dengan mokhtar dahari @ supermokh lebih baik menimbuskan dirinya ke dalam tanah. pemain kebangsaan Malaysia yang paling berjaya. tidak bermain dengan kelab luar, namun reputasinya di peringkat antarabangsa khususnya di benua Asia dan kelompok Asia Tenggara, amatlah digeruni ( era 70an). beliau mewakili Malaysia sebanyak 167 caps dengan 125 gol. pemain setia pasukan Selangor. walaupun Supermokh telah tiada, namun generasi kini akan sentiasa mengingatinya seperti mana mereka mengenang P Ramlee...al-fatihah buat kedua-dua mereka..


3. PIYAPONG PUE ON- Pemain kebangsaan negara Gajah Putih @ siam @ Thailand. pemain icon Thailand ini pernah bermain dengan pasukan Lucky Goldstar, kini namanya FC Seoul. Seperti mana Fandi Ahmad, beliau juga pernah bersama pasukan Pahang selama 3 tahun.juga antara pemain terawal Thailand yang bermain di luar liga domestik masing masing. mewakili Thailand sebanyak 129 caps, dengan 103 gol, rekodnya tidak dapat dipecahkan lagi oleh pemain muda Thailand.. 


ketiga-tiga pemain ini adalah antara penyerang terbaik yang pernah lahir dari kelompok Asia Tenggara dan aksi mereka sering kelihatan dalam pertandingan PESTA BOLA MERDEKA sekitar 70-90an..

2 comments:

  1. al fatihah kepada arwah mokhtar dahari.. tiada pengganti lagi..

    ReplyDelete
  2. al fatihah gak. beliau seorang yang awesome bg akun

    ReplyDelete