Friday, January 14, 2011

guru dan jam tangan.

jam tangan amat penting buat para pendidik di seluruh Malaysia. selain daripada untuk melihat masa bagi tujuan mengejar waktu untuk masuk ke kelas lain, (aku selalu tengok bila nak rehat je), ada juga guru-guru yang menjadikan jam tangan ini sebagai salah satu hobi (mengumpul jam tangan). ini termasuklah diri aku.hehe...sejak menjejakkan kaki ke dalam kumpulan pengumpul jam, telah kutemui ramai bloggers dan pengumpul jam adalah penjawat awam khususnya guru. mungkin akan datang boleh diadakan pulak kelab jam guru semalaysia. hehe..di sekolah tempatku bertugas juga, terdapat 3-4 orang yang mempunyai minat yang sama, terutamanya penolong kanan aku, yang mempunyai sebijik omega constellation gold top.pernah aku mintak nak beli, tapi dia sudah pandai harga pasaran.haha..
seorang sahabatku yang juga pendidik di sabah mempunyai koleksi yang hebat juga. pada usia yang muda, (tua 2 tahun je dari aku, rolex sudah ada 2 bijik di dalam koleksi. hehe...namun tidak pula angkuh beliau dan ku amat hormati sikapnya itu...sekian coretan di awal pagi ini...
koleksi house-mate aku, seorang guru

sedia maklum

'hanya seni mengenal seni" demikianlah ujar tuan punya koleksi ini, sahabat pendidik dari sabah

sedia maklum lagi

satu lagi koleksi sahabat guru dari bumi di bawah bayu. sahabatku ini berminat dengan konsep diver dan pilot

demikianlah serba sedikit mengenai 'GURU DAN JAM TANGAN'
P/S- abg zul dan abe naing, ku pinjam gambar

4 comments:

  1. Mmg tak dinafikan mmg ramai guru yg minat jam. Bapak aku pun layan jam gak dulu. Tp la ni minat dia dah ke arah lain. Dia ada byk jam2 kunci masa zaman muda... tp jam2 tu dia jual. Tak sangka minat tu lekat plak kat aku tanpa sedar. Hehe

    ReplyDelete
  2. ke mana tumpahnya omega kalau x peti jam asmar.hehe

    ReplyDelete
  3. pinjam gamba no prob, pinjam duit ehem2...aku kalu tgk diver mmg cair. gamba atas tu ada yg pergi ada yg dtg...visual terbaru, tunggu...

    ReplyDelete