Thursday, December 9, 2010

review, seiko 7s26-0060 ( mcm submariner)

satu lagi dari khazanah koleksi ku, seiko 7s26-0060. jam ini diperoleh melalui sahabat penggemar muzik blues dari Sabah. sahabatku ini lantas menghubungi ku sebaik mendapat jam ini. kebetulan pula ketika itu aku sedang mabuk jam berciri rolex submariner ( nak beli rolex nanti aku x kawin). jadi dengan pantas aku membeli dari sahabatku dengan harga yang aku kira rezeki terpijak. jam ini pada awalnya tidak ada bracelet asal. lalu ku sertakan bracelet murahan bagi menampakkan ciri mc queen (steve mc queen pakai submariner lengkap dengan bracelet).haha...kemudiannya, jam ini telah disental berhati-hati untuk mengembalikan serinya.

ada yang mengatakan jam ini adalah homage kepada rolex submariner. hampir tepat pendapat itu, kerana ciri ciri hampir sama, tapi harga langit dan bumi. berikut, di bawah adalah gambar-gambar yang berkaitan, termasuklah seiko 7s26-0060 kepunyaan ku.
ini namanya steve mc queen. ditangannya tertera rolex submarine. james bond pun pakai jugak (sean connery,roger moore), clint eastwood punya lagi rare, nanti akan aku preview jugak

ini orient. hampir tepat

ini??????

satu lagi homage

aku yang punya. mc queen malaya

di tangan mc queen malaya yg gelap

No comments:

Post a Comment