Tuesday, November 2, 2010

MENGUMPUL JAM LAMA MAHUPUN MODEN

Jam adalah salah satu keperluan yang penting bagi setiap manusia. fungsi utamanya adalah memberitahu masa kepada kita. sebenarnye, setiap jam mempunyai kesenian dan sejarahnya yang tersendiri. mengumpul dan menyimpan jam lama atau baru, sebenarnya adalah satu pelaburan juga. harga jual balik bagi sesebuah jam lama adakalanya sangat mengujakan. begitu juga jam baru, jika disimpan dalam 10 tahun, kemungkinan pada masa akan datang, dapat memberi hasil kepada kita.insyaallah.

seeloknya jika mampu, belilah yang original, kerana kepuasannya lebih maksima. mengikut pengalamanku, seutas jam tangan alba quartz, kepunyaan ibuku, masih lagi kental bertahan tanpa diservis selama 30 tahun (hingga kini). itulah kemenangan kepada pihak yang membeli jam yang tulen. biar mahal sedikit tidak mengapa.

Kembali kepada tajuk utama, kita boleh memanfaatkan hobi mengumpul jam ini dengan baik. pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang dapat kita layari bila mengumpul jam. bukan setakat mengenai jam semata-mata, tetapi lebih dari itu.wassalam...

2 comments: